Sabtu, 11 September 2010

Beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan masih sesak

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan masih mengalami kesesakan hari ini berikutan masih ramai yang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara lokasi terbabit ialah menghala ke selatan di antara Air Hitam ke Yong Peng, Johor.

"Keadaan trafik dari persimpangan Slim River ke Sungkai di Km 366 ke Km 371, sekitar plaza tol Sungai Besi serta dari hentian sebelah Nilai menghala ke Seremban juga kelihatan sesak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu jurucakap Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman berkata aliran trafik Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sederhana dan kenderaan juga bergerak perlahan kerana keadaan hujan.

Keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain dilaporkan lancar.


Tiada ulasan: