Selasa, 7 September 2010

Anwar Yakin Rakyat Sabah Sarawak Akan Kepalai Perubahan


TV SELANGOR

Pakatan Rakyat berjaya menggugat deposit undi Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Malaysia Timur akan mengepalai barisan mengubah sejarah negara.

Bercakap kepada lebih 500 warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang memeriahkan Pesta Borneo di Kompleks Sukan PKNS Petaling Jaya semalam, Anwar berkata keyakinan beliau diuja oleh sokongan yang ditunjukkan masyarakat setempat semasa melawat Limbang dan Lawas di Sarawak minggu lalu.

Trend semasa di Sabah dan Sarawak menunjukkan rakyat Malaysia Timur mendahagakan perubahan selepas hak mereka diabaikan sejak 53 tahun lalu.

“Kita telah merdeka selama 50 tahun dan yang akan tentukan perubahan untuk keadilan, hak asasi, hormat budaya, untuk hormat agama, untuk hormat sesama manusia yang akan tentukan Sabah dan Sarawak” kata Anwar.

Anwar menegaskan anak- anak generasi muda Sabah dan Sarawak harus ada kesedaran berpolitik dan mendesak pemerintah mengagihkan harta kekayaan negara secara saksama.

Menurut Anwar lagi, yang akan tentukan misi dan masa depan kita adalah anak-anak muda Malaysia dan ini termasuklah dari sabah dan Sarawak

“Kita lawan bukan kerana kita dendam. Kita lawan bukan nak rompak tanah orang, kita lawan nak pertahan tanah kita sendiri. Kita bukan tuntut hak orang. Kita bagi tahu orang diatas. Jangan rompak hak rakyat kita” kata Anwar.

Disamping meraikan ikatan mereka, program ini juga bertujuan bagi menubuhkan satu jawatankuasa dan komuniti bagi membantu penduduk Sabah dan Sarawak yang dijumpai mengemis, merempat dan hidup miskin di Lembah Kelang dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.

Realiti sebenar yang berlaku kini memperlihatkan ramai rakyat yang hidup susah, tertindas, tertipu dan gagal mendapat pekerjaan apabila tiba di Semenanjung Malaysia. Malah, ada yang terpaksa melacurkan diri di bandar-bandar utama Semenanjung demi menyambung kelangsungan hidup.

Rakyat Sabah Sarawak merantau mencari pekerjaan akibat daripada kemunduran taraf ekonomi mendorong rakyat Sabah Sarawak untuk berhijrah ke Semenanjung. Mereka yang ditemui melahirkan rasa kesal dengan janji-janji kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Umno-BN.

Memandangkan bilangan penduduk sabah dan sarawak yang tertumpu di lembah Klang semakin meningkat, pelbagai kesukaran yang mereka hadapi namun mereka tidak punya ruang untuk mengadu segala masalah yang dihadapi.

Turut dilaporkan di ibu kota, ramai pengemis dari Sabah yang gagal memperolehi wang yang cukup untuk pulang semula ke Sabah dilihat mengemis dan mencari makanan lebihan di belakang restoran-restoran seperti kedai mamak, KFC dan McDonalds.

Dengan pengisian sukaneka, tarian kebudayaan dan nyanyian live band sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mengubat kerinduan kepada rakyat sabah sarawak.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah untuk mempengaruhi rakyat sabah dan sarawak, oleh itu jangan terlalu yakin dengan semua itu anwar. Rakyat masih memerlukan Barisan Nasional untuk memimpim mereka.

samm berkata...

rakyat Sabah dan Sarawak masih lagi mempercayai BN. ini kerana keyakinan mereka terhadap pemimpin yang mereka telah pilih.

Anak Sabah berkata...

Rakyat akan memilih sesiapa yang dipercayai terbaik untuk memimpin negeri kita. Semuanya terpulang kepada rakyat. Selamat berjuang semua.

Tanpa Nama berkata...

Sabah dan Sarawak merupakan kubu kuat BN dan bukan mudah bagi PKR untuk menguasai Sabah dan Sarawak.

Sanih Alias berkata...

Tidak perlu yakin dengan semua itu Anwar. Rakyat mempunyai pemikiran mereka sendiri dan pemikiran itu boleh berubah-ubah pada bila-bila masa saja. jadi donasihatkan kepad anwar supaya tidak yakin dengan semua itu, kita takut anwar kecewa dengan semua ini.

zam berkata...

kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kepimpinan BN. agak sukar untuk PR menguasai kedua-dua negeri ini.

Tanpa Nama berkata...

walaupun PKR kini mula mengalikan tumpuannya ke Sabah dan Sarawak, namun, sokongan rakyat Sabah dan sarawak terhadap BN tetap kukuh. PKR kena berusaha lebih.

Tanpa Nama berkata...

apa jaminan bahawa rakyat dan negara akan selamat dibawah kerajaan PR?? sedangkan PR sendiri tidak mampu melonjakkan ekonomi di negeri2 jajahan PR, masih berlaku penindasan, diskriminasi,.. jika 4 buah negeri tidak mampu dijaga, bagaimana pula dengan sebuah negara.

Tanpa Nama berkata...

seramai lebih 28 juta rakyat Malaysia hari ini belum tentu terpengaruh dengan janji2 yang dibuat oleh mana2 parti politik. rakyat lebih bijak, matang dan profesional dalam menilai setiap parti berdasarkan reputasi dan tindakan yang benar2 nampak kesungguhan mereka dalam membela nasib rakyat dan memajukan negara.

Unknown berkata...

Kayakinan itu kunci kejayaan, tetapi keyakinan yang terlampau akan membuatkan kita sesat.
Masih terlalu awal menjangkakan keadaan sebenar senario politik di Malaysia Timur.

captain berkata...

Rakyat Sabah Sarawak lama mengharapkan perubahan. Rakyat Semenanjung tidak kurang niat mereka mengharapkan perubahan. Kita boleh lihat pada PRU 12 yang lalu.
Sekiranya BN masih angkuh dengan cara mereka malayan rakyat, tidak hairan PRU 13 akan datang rakyat manolak BN.

Unknown berkata...

Kenyataan Anwar berasas memandangkan banyak suara ketidak puasan terhadap kerajaan dapat didengar domerata-rata tempat di sini. BN harus memandang serius terhadap keluhan rakyat, jika terus diabaikan, hayat BN bakal tamat pada pRU 13.