Khamis, 23 September 2010

Akibat Pentadbiran Rasuah Umno-BN Ekonomi Malaysia Bakal Kalah Kepada Filipina

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM - Antara punca utama kemerosotan berterusan daya saing negara serta kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang menempatkan Malaysia di kedudukan tercorot di rantau ini adalah disebabkan penghijrahan modal ke Filipina yang kini dilihat sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata tekad pentadbiran baru Presiden Nonoy Aquino melawan gejala rasuah dan penyelewengan di negara itu secara serius telah meyakinkan golongan pemodal untuk berbondong-bondong membuat pelaburan di Filipina.

Tambah beliau, lambang perjuangan menentang rasuah oleh pimpinan baru Filipina berjaya memberi harapan baru serta meningkatkan keyakinan pelabur.

"Secara tidak langsung mereka lebih tertarik untuk melabur ke Filipina," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Ini amat berbeza dengan keadaan aman dan selesa di Malaysia tetapi masih tetap gagal menarik perhatian pelabur ke negara ini.

"Beberapa syarikat yang telah membuat pelaburan di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya akhirnya memutuskan untuk mengalih dan memindahkan operasi dan pelaburan mereka di negara ini ke Filipina," ujar beliau.

Kata Azan, kemerosotan pelaburan luar yang amat membimbangkan akan menyebabkan tahap ekonomi Malaysia menjadi lebih teruk berbanding Filipina.

Laporan terbaru bank pelaburan Merill Lynch pada 16 September lepas menyatakan Malaysia merupakan pasaran yang paling tidak menarik bagi pelaburan.

Sebelum ini laporan Forum Ekonomi Dunia 2009 menyatakan kedudukan tahap daya saing negara jatuh dua lagi anak tangga ke 26

Malahan, kebelakanghan ini kadar pelaburan FDI ke Filipina adalah lebih tinggi daripada Malaysia sekaligus menunjukkan negara tersebut mempunyai ekonomi yang lebih mantap.

Keadaan yang menyedihkan ini meletakkan Malaysia sebaris dengan tahap daya saing negara kurang maju seperti Burma, Laos dan Timur Leste.

Azan berkata keadaan telah dijangka akan berlaku sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan dasar liberalisasi sebelum ini.

"Saya merasa kecewa walaupun saya sudah menjangkakan pada penghujung tahun lepas ataupun awal tahun ini pemimpin negara secara tergesa-gesa mengumumkan polisi ini.

"Saya bimbang kerana mungkin menerusi dasar ini, negara kita menggunakannya untuk menarik pelabur asing ke dalam negara walhal pada hakikatnya dasar ini membuatkan Malaysia terdedah kepada ancaman ekonomi secara global," jelas Azan.

Tambah Azan, penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran di bawah Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun disamping sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa, akhirnya membawa padah kepada padah kepada negara dan rakyat.

Beliau juga menjelaskan Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi bulan September mengunjurkan, kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia didapati menurun dan merosot.

"Hasil eksport kita (Malaysia) jatuh ke tahap negatif apabila ditolak dengan hasil import. Ini bermakna jualan kita jauh lebih rendah dan ini adalah satu perkara yang serius.

"Saya berpendapat jika kerajaan memberitahu kepada rakyat tentang perkara ini pasti ia akan memberikan kesan patriotik.

"Akan timbul naluri semulajadi dalam diri rakyat untuk berganding bahu dengan kerajaan memulihkan kembali ekonomi negara tetapi malangnya ini tidak dilakukan.

"Kerajaan memilih untuk tidak pernah menyampaikan cerita sebenar kepada rakyat tentang kedudukan ekonomi negara, apa sebenarnya yang berlaku.

"Kita juga tidak tahu selama mana lagi BN ingin menyembunyikan kedudukan sebenar ekonomi Malaysia sekarang," jelas Azan lagi.

Sehubungan itu menyeru Umno-BN menerangkan keadaan sebenar ekonomi negara sebelum ianya terlambat.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, inilah antara perkara utama yang kami akan lakukan," katanya.

20 ulasan:

Mahsiran berkata...

Jauhkanlah dari rasuah. Ini boleh merugikan negara kita dan memburukkan lagi nama negara kita dengan rasuah. Harap SPRM tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk menangani masalah rasuah ini.

langsat berkata...

Siasat terlebih dahulu gejala rasuah dan penyelewengan.

langsat berkata...

"Saya bimbang kerana mungkin menerusi dasar ini, negara kita menggunakannya untuk menarik pelabur asing ke dalam negara walhal pada hakikatnya dasar ini membuatkan Malaysia terdedah kepada ancaman ekonomi secara global," jelas Azan. Tambah Azan, penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran di bawah Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun disamping sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa, akhirnya membawa padah kepada padah kepada negara dan rakyat.

Apa yang saya lihat sepanjang kepimpinan umno-bn telah banyak membawa perubahan. Diharap rakyat dapat memberi sokongan kepada kerajaan dan memberi pandangan atau pendapat dalam mempertahankan pertumbuhan ekonomi disamping itu juga memberi keutamaan rakyat.

2718 berkata...

Kita perlu melihat fenomena kemerosotan ekonomi ini dari pelbagai sudut dan bukan terus membuat kesimpulan yang memihak kepada pembangkang. Sebenarnya pembangkang juga telah memainkan peranan atas kejatuhan FDI di Malaysia dimana tindakan mereka memburuk2kan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia. Walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan BN tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara. pembangkang kemudiannya menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap, sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. walaupun pelbagai agenda jahat dilancarkan oleh pihak pembangkang, namun kerajaan tetap dengan langkah proaktif dan pragmatik bagi menyekat matlamat jahat pihak pembangkang. Hasilnya keputusan yang cukup positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas. statistik terbaru pada 2009 lepas, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas...

Unknown berkata...

"Akan timbul naluri semulajadi dalam diri rakyat untuk berganding bahu dengan kerajaan memulihkan kembali ekonomi negara tetapi malangnya ini tidak dilakukan.

"Kerajaan memilih untuk tidak pernah menyampaikan cerita sebenar kepada rakyat tentang kedudukan ekonomi negara, apa sebenarnya yang berlaku."

Keadaan ini sgt membimbangkan.

Unknown berkata...

PM yakin ekonomi berkembang lebih 6% 2010

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mencapai lebih dari 5% pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010 meskipun terdapat pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab pada separuh kedua tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara-negara maju sedang mengalami pertumbuhan yang lembab dan ini akan memberi kesan terhadap ekonomi tempatan dalam tempuh masa kedua tahun ini.

Kata Najib, walaupun situasi ekonomi Malaysia kekal kukuh, prospeks pertumbuhannya dipengaruhi oleh permintaan luaran ekoran dari ekonomi domestik yang bersifat terbuka.

"Oleh sebab ini, kerajaan menjangka kadar perkembangan yang perlahan dalam separuh kedua tetapi apabila dikira sepanjang tahun, ekonomi tempatan dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik dari 6% KDNK," kata beliau selepas taklimat oleh Bank Negara mengenai kedudukan ekonomi negara di sini semalam.

Najib berkata ramalan pertumbuhan untuk 2011 akan didedahkan pada hari Belanjawan 15 Oktober depan.

Berbanding ekonomi dunia berkembang secara perlahan, ekonomi Malaysia terpaksa bergantung kepada penggunaan dan permintaan dalam negeri, terutama sektor swasta.

"Untuk perkara ini berlaku, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang bersesuaian ketika belanjawan nanti dan ianya menjadi sebahagian dari model baru ekonomi," terang beliau.

Taklimat ini di adakan bersempena dengan penjenamaan semula dan pelancaran logo baru Pusat Antarabangsa Kepimpinan Dalam Kewangan (ICLIF) semalam.

ICLIF dilancarkan pada November 2008 dengan misi untuk menggalakkan peranan yang lebih berpengaruh oleh ahli-ahli lembaga pengarah dalam sektor kewangan dan melatih pengarah-pengarah ke arah bertaraf dunia dengan mengamalkan amalan terbaik dan kecemerlangan dalam tadbir urus korporat.

2718 berkata...

antara faktor lain selain faktor politik yang telah menyumbang kepada kemerosotan FDI adalah disebabkan krisis kewangan di Amerika pada tahun 2008. kita juga perlu melihat kelebihan kita dari segi labour cost, keluasan tanah, kestabilan politik.

sejak Mac 2008, negeri2 penting dari sudut ekonomi Malaysia diperintah oleh parti yang bukan pegang kerajaan. Adakah FDI yang masuk ke P.P dan Selangor itu sebanyak FDI yang masuk sebelum ini semasa BN merintah? Di P.P 80% investor sudah lari. Di kedah, banyak investor Taiwan, Korea pindah operasi ke negara lain atas sebab tak lagi berminat melabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP). Kelantan? Ada ka FDI yang masuk? Sebenarnya, banyak faktor lain yang jadi punca FDI merosot. Para pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap soal ekonomi sedangkan kemampuan mereka juga boleh dipertikaikan.

Tanpa Nama berkata...

PM telaha mengumumkan bahawa Ekonomi Malaysia dijangka mencapai lebih dari 5% pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010. ini berbeza dgn kenyataan yang ditimbulkan oleh pembangkang. namun, apa yang kita lihat, keadaan ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan stabil, malah semakin berkembang.

Anak Sabah berkata...

Asalkan kita tingkatkan usaha, pasti kita boleh bertambah maju lagi. Tak perlu risau tentang Filipina, adalah baik jika ada persaingan yang sihat antara negara.

azman berkata...

PM yakin ekonomi berkembang lebih 6%, ini menunjukkan ekonomi negara masih dalam keadaan baik. apa pun usaha untuk memajukan ekonomi negara perlu diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

seperti yang dikatakan oleh PM, ekonomi Malaysia pasti akan meningkat, apapun, gejala rasuah perlu dibendung bagi memastikan ekonomi negera terus meningkat.

Bi berkata...

Haaa???? teruk sangat ka rasuah d Malaysia? hmm

Unknown berkata...

Rasuah, satu jenayah yang dilakukan bukan saja merosakan aklak tetapi juga negara.

captain berkata...

Kalau rakyat Malaysia masih tidak sedar dengan kemusnahan sebuah negara yang diakibatkan gejala rasuah dan bangkit menentang jenayah ini, Tiada harapan buat negara kita.

Unknown berkata...

Kita harus mengamalkan sikap sifar toleransi terhadap gejala rasuah.
Bermula dari diri sendiri, jangan merasuah.

Paquin berkata...

Berubahlah sebelum terlamabat!!

Paquin berkata...

Jom perangi rasuah dan jangan biarkan rasua semakin berleluasa. Pastian si pemberi dan si penerima kembali ke pangkal jalan!

Paquin berkata...

Langkah paling bijak tu azmi.
Mulakan dari diri sendiri. Jangan beri atau terima rasuah!!!

Paquin berkata...

Apapun saya yakin dengan kemampuan Najib, ekonomi negara pasti akan meningkat lagi.
Jadi jangnlah kita terlalu risau, cuma fokuskan segala usaha utk memerangi rasuah!

Paquin berkata...

Semoga ekonomi Malaysia kekal stabil dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.