Khamis, 16 September 2010

Ada baiknya air percuma di Selangor: Dr Khir

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan terus berhadapan masalah untuk menguruskan negeri selagi ia mengambil sikap bermusuh dengan pemimpin-pemimpin UMNO.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Dr Khir berkata keadaan ini boleh dilihat dalam usaha kerajaan negeri menstruktur semula perkhidmatan air negeri yang telah diswastakan oleh kerajaan BN sebelumnya.

Menurut Khir, pentadbiran kerajaan negeri kini juga lebih cenderung untuk membuat tindakan secara bersendirian tanpa melakukan perbincangan dengan pihak yang terlibat, seperti dalam masalah yang dihadapinya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Bagaimanapun, Khir percaya kerajaan negeri akan menang sekiranya disaman oleh Syabas, berhubung tuntutan pampasannya untuk melaraskan tarif air di Selangor.

Perkembangan ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan negeri memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada penduduk di negeri itu.

Dr Khir memuji dasar negeri kebajikan yang diamalkan seperti itu, namun melihat pelaksanaannya seperti yang dijalankan sekarang tidak mencapai sasaran sebenar.-MALAYSIAKINI

Tiada ulasan: