Sabtu, 18 September 2010

500 Projek Kampung WIFI Di Sarawak Mulai Oktober

FREE MALAYSIA TODAY

yatim JULAU: Sarawak akan mempunyai 500 projek kampung WiFi (Kg WiFi) membabitkan 29 daerah yang dilaksanakan mulai Oktober ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Beliau berkata projek berkenaan merupakan satu daripada usaha-usaha yang dikenal pasti di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NIB) bagi mempercepatkan sasaran penembusan jalur lebar 50 peratus isi rumah menjelang akhir tahun ini.

Berucap semasa melancarkan projek kedua seumpamanya di Rh. Guntol di Nanga Bekiok di Merurun dekat sini hari ini, projek itu akan disedikan menerusi dana dan program Pembekalan Perkhidmatan Universal (USP).

Anggota masyarakat akan dibekalkan dengan kemudahan lengkap internet dengan infrastruktur sewajarnya serta penggunaan berkaitan untuk menikmati faedah dan manfaat teknologi komunikasi moden.

"Bagi kawasan penduduk yang tidak diliputi dalam program USP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukan dana bagi memperkenalkan kira-kira 100 unit pusat Kg Wifi yang lebih kecil," katanya seperti dilapur Bernama.

Beliau berkata kira-kira 50 pusat seumpamanya akan beroperasi dalam tahun ini manakala bakinya tahun depan.

Mengenai program Netbook 1Malaysia, yang merupakan satu lagi usaha jalur lebar, di bawah program fasa permulaan, sejumlah 14,500 unit telah diedarkan kepada pelajar sekolah menengah yang layak dan pemimpin masyarakat di Sarawak.

Beliau berkata ia akan diedarkan di 29 kawasan terpilih yang mempunyai jaringan kemudahan internet dan setiap kawasan diperuntukan dengan 500 unit.

Tiada ulasan: