Rabu, 15 September 2010

12 jam tempoh pembakaran


SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Membakar mayat seorang manusia sehingga menjadi abu memerlukan kira-kira 12 jam, kata Pensyarah Tamadun India Universiti Malaya (UM), Dr M Rajantheran.

Beliau berkata, tempoh panjang itu biasanya menggunakan kayu getah.

“Sejak dahulu lagi, kaedah membakar mayat secara tradisional bagi kaum India adalah menggunakan kayu api. Kayu api itu disusun di bawah mayat bagi memudahkan proses pembakaran.:

“Namun, sekarang banyak alat pembakar menggunakan gas dan elektrik yang boleh didapati sekitar ibu kota dan Petaling Jaya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rajantheran berkata, terdapat juga kaedah pembakaran lain seperti krematorium, iaitu pembakaran menggunakan gas.

“Walaupun alat ini dianggap moden dan mendapat permintaan tinggi pada masa sekarang, namun tempoh untuk membakar mayat memakan masa sehingga 12 jam juga.

“Misalnya, kalau kita hantar mayat untuk dibakar jam 5 petang, jam 10 pagi keesokan harinya barulah mayat itu menjadi abu,” katanya.

Menurutnya, tempoh masa secara saintifik bagi membakar mayat seorang manusia masih belum dibuktikan kerana proses itu bergantung kepada keadaan fizikal mayat yang dihantar untuk dibakar.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum mendapat fakta mengatakan terdapat mayat dibakar dengan menggunakan najis lembu bagi mempercepatkan proses pembakaran,” katanya.

20 ulasan:

Leo berkata...

My condolence to the victims' family. This is so unexpected to have such cruel crime being committed in Malaysia.

Leo berkata...

Make sure those murderers will be punish accordingly to their crime!

Tanpa Nama berkata...

menurut beberapa sumber, penggunaan tahi lembu dan petrol merupakan satu kaedah tradisional dari India yang amat berkesan untuk menghancurkan satu badan manusia dan menghasilkan abu di antara 30 minit hingga sejam. Satu gas dibebaskan dari tahi lembu dapat meningkatkan kepanasan yang tinggi dan dapat memusnahkan tubuh badan serta menghasilkan abu dengan cepat.. samada betul atau tidak, hanya pembunuh itu sahaja yang tahu apa kaedah yang mereka gunakan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan perkara ini akan disiasat dan keadilan ditegak buat keluarga mangsa.

azman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azman berkata...

kes ini mendapat perhatian dan liputan yang luas..hukuman yang tegas perlu dikenakan terhadap pesalah yang melakukan jenayah kejam itu..

Unknown berkata...

Janganlah kita membuat spekulasi sendiri terhadap pembunuhan kejam ini.. Hormatilah keluarga-keluarga mangsa..

Hosie Masie berkata...

kita akan tunggu dengan keputusan yang akan diperolehi. Mungkin benar dan juga mungkin tidak benar dengan semua itu. Kepada pembunuh tunggu dengan hukuman yang berat atas kesalahan dilakukan.

mantra berkata...

biarlah siasatan terhadap kes ini diselesaikan terlebih dahulu.

Mahsiran berkata...

Kita harus menantikan keputusan dari pihak berwajib dengan apa yang sebenarnya berlaku. sekarang ini siasat masih lagi dalam proses.

Unknown berkata...

Cow dung is fashioned into a long rod-shaped cake, locally known in India as goraha. "About 200kg of cow dung cakes are used for burning a corpse compared with about 240-280kg of mango wood".

"Under this system the whole body gets disposed of within one-and-half-hours, whereas in the traditional system mourners needed to be at the funeral site for three to four hours".

http://sweetness-light.com/archive/cow-dung-cremation-big-in-india

Unknown berkata...

semoga kes ini dapat diselesaikan dengan bijak dan orang-orang terlibat dihukum dengan seadilnya kerana ia salah satu kes pembunuhan amat kejam yang pernah berlaku di Malaysia!

mandau berkata...

kita tunggu dulu keputusan dari forensik bagi memastikan bagaimana mangsa dibunuh. apapun, takziah kepada keluarga mangsa.

Tanpa Nama berkata...

biarlah polis melakukan apa yang patut. semoga keluarga mangsa terus tabah..

kb girl berkata...

Mengikut paparan media, ladang berlakunya pembunuhan itu mempunyai pagar yang tinggi, mungkin itu adalah rancangan dalang kes ini supaya kegiatan jenayahnya dapat dielakan dari diketahui orang.

Unknown berkata...

Masa yang cukup panjang untuk memusnahkan bahan bukti kekejaman yang dibuat namun ia dapat dilakukan.
Mujur sains forensik dapat membantu mengcunkir rahsia di sebalik kes ini.

Unknown berkata...

Harap polis masih dapat mengesan kesan-kesan yang dapat digunakan di mahkamah untuk menyokang pendakwaan terhadap tertuduh.

Unknown berkata...

Manalah tahu suspek menipu untuk mengalihkan fokus polis dengan mengatakan mangsa suah dibakar?

captain berkata...

Tempoh yang cukup lama untuk membakar mayat jadi abu.
Baru saya tahu.

Unknown berkata...

Pakai gas pun begitu lama? Saya fikir mungkin beberapa jam boleh selesai.