Ahad, 29 Ogos 2010

Wakil Rakyat PKR Antara Yang Disiasat SPRM Berhubung Kes Curi Pasir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga ahli politik, termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rkyat (PKR) Selangor yang didakwa terlibat dalam aktivitii perlombongan pasir haram di negeri itu.

Difahamkan, tiga yang disiasat adalah di kalangan lebih daripada 40 orang, termasuk 28 pegawai penguatkuasaan, turut disiasat.

Menurut sumber, SPRM telah pun menyiapkan beberapa siasatan ke atas individu-individu terbabit, termasuk tiga ahli politik yang telah diperhatikan oleh suruhanjaya itu sejak beberapa bulan lalu.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pengarah pendakwaan SPRM.

“Mereka akan tahu dalam masa terdekat jika tindakan akan diambil menentang mereka kerana menyebabkan kerajaan kehilangan royalti kira-kira RM20 juta setiap tahun,” kata sumber itu.

Sumber itu turut memberitahu bahawa siasatan SPRM dimulakan setelah pelbagai laporan mengenai perkara itu telah menjadi perhatian negara ekoran aktiviti perlombongan pasir haram benilai berbilion ringgit itu yang didalangi sindiket.

Siasatan SPRM mendedahkan suspek telah menerima antara RM500 dan RM88,000 setiap orang daripada sindiket itu.

Selain keuntungan, beberapa dari mereka juga telah ditawarkan perkhidmatan seksual, kata sumber itu lagi.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali, ketika dihubungi, mengesahkan suruhanjaya itu sedang menyiasat tiga ahli politik.

“Kita mempunyai kerja yang perlu dilakukan dan kita akan siasat sesiapa sahaj tanpa mengira apa fahaman politik mereka.

“Kita telah menahan lebih dan mendakwa 23 orang, termasuk beberapa ahli politik dan kami akan terus mengambil tindakan,” katanya.

Mustafar berkata pegawai tinggi SPRM akan menyerahkan beberapa cadangan kepada Kerajaan tentang bagaimana untuk menyelesaikan isu itu.

Antara langkah-langkah yang disarankan adalah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan memeriksa permohonan dan pemberian kelulusan untuk perlombongan pasir selain membiarkan pegawai tanah daerah yang membuat keputusan.

“Kami turut mencadagankan sebuah papan tanda dipasang pada lokasi aktiviti perlombongan pasir sedang dilakukan dan lokasi pasir dibawa keluar.

"Ia turut merangkumi maklumat seperti kelulusan nombor permit, kawasan dan saiz tanah, nama kontraktor serta tempoh permit,” katanya yang menambah SPRM akan terus berkerja dengan lebih rapat dengan semua kerajaan negeri termasuk yang di bawah Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: