Isnin, 16 Ogos 2010

Wakil PKR Persekutuan bantu PKR Sarawak

FREE MALAYSIA TODAY

pakatan rakyat KUCHING: PKR Sarawak akan melantik seorang wakil dari Semenanjung bagi membantu parti memberi kesan maksima dalam pilihanraya negeri.

“YB dari Semenanjung ini akan ditempatkan disetiap kawasan yang akan bertanding.

"Mereka akan membantu memberi ceramah dan sudah tentu juga membantu meningkatkan tabung pilihanraya negeri. Kami parti miskin dan memerlukan bantuan kewangan," kata pengerusi PKR negeri, Baru Bian malam tadi.

Beliau berkata, PKR dijangka bertanding lebih 40 tempat, bagaimana pun jumlahnya bergantung kepada kelulusan Majlis Pakatan Rakyat Sarawak yang sudah ditubuhkan.

Majlis mengandungi PKR, DAP, Sarawak National Party (SNAP) dan PAS membincangkan pembahagian kerusi.

“Ada enam kerusi yang kami perlu putuskan dengan DAP,” katanya.

Bian berkata. semua 29 bahagian PKR di negeri ini telah menubuhkan wakil jawatankuasa pemilihan dan menamakan agen pemilihan dan agen pusat pengiraan undi.

“Jawatankuasa ini penting kepada persediaan menghadapi pilihanraya," katanya dan mahu semua bahagian menghantar laporan kepada ibu pejabat.

Laporan ini akan dikaji oleh biro politik negeri yang telah diwujudkan, katanya.

Bian juga berkata, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melawat Limbang dan Lawasdari 31 Ogos manakala ahli majlis pimpinan pusat yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim melawat Kuching pada 22 Ogos.
“Mereka datang ke sini untuk meninjau keadaan politik di negeri ini," katanya’

DAP idam 20 kerusi

Sementara itu, DAP Sarawak menyatakan minat untuk bertanding di 20 kerusi termasuk kerusi majoriti Iban.

Bagaimanapun, pengerusinya Wong Ho Leng dengan pantas berkata, majoriti kerusi yang ditandingi ialah kawasan Cina.

Majlis Pakatan Sarawak masih membincangkan pembahagian kerusi, katanya dan pemilihan calon berdasarkan parti yang mempunyai lebih peluang untuk menang.

“Ini untuk memastikan satu lawan satu," tambahnya.

Tiada ulasan: