Sabtu, 21 Ogos 2010

Vendor buku Zunar dakwa disiasat akta hasutan

Richard Loo Wai Hoong

Pengedar buku, yang pada awalnya disiasat bawah akta mesin cetak dan penerbitan, semalam menyedari bahawa beliau sebenarnya turut menghadapi siasatan bawah akta hasutan.

Mei lalu, dalam lawatan polis ke kedainya, Hawee Othman diberitahu pihak berkuasa itu bahawa beliau disiasat bawah akta mesin cetak kerana menjual penerbitan tanpa permit.

Menurut Hawee, polis merampas empat salinan buku kartun 'Isu Dalam Kartun' karya Zulkifli Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar.

Hawee memberitahu, beliau cuba mempertahan diri dengan menunjukkan nombor penerbitan tetapi diberitahu alasan lain bahawa majalah itu "mungkin dirujuk kepada seseorang".

Bagaimanapaun, beliau bingung apabila tuduhan terhadapnya ditukar kepada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mana beliau dipanggil memberikan ketengan di ibu pejabat polis daerah Segamat semalam.

"Apabila saya tanya pegawai berhubung pertukaran itu, mereka memberitahu hanya mengikut perintah," dakwanya.

Tiada ulasan: