Khamis, 5 Ogos 2010

Tee Masih Ahli MPK – Khalid


Khalid IbrahimOleh Rahmah Ghazali

SHAH ALAM: Nasib ahli DAP yang dipecat, Tee Boon Hock sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang masih kabur ketika kerajaan negeri sedang menimbang sama ada untuk memecat beliau atau tidak.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu sidang media tengahari tadi, keputusan yang hendak dibuat "mengambil masa" kerana exco negeri masih menunggu laporan audit Selangor berhubung hal berkenaan.

"Buat sementara waktu, beliau tidak lagi bertanggungjawab ke atas tugasnya kerana beliau dinasihatkan untuk mengambil cuti sementara menunggu keputusan penyiasatan," katanya, apabila didesak mengenai status Tee.

Khalid mendedahkan bahawa beliau menerima sepucuk surat dari Jawatankuasa Disiplin DAP menyebut status Tee dalam parti, "tapi mesyuarat exco negeri belum lagi membincangkan status beliau."

Jawatankuasa Disiplin DAP hari Sabtu lalu memecat Tee dari parti berhubung dakwaan menyalahguna kepala surat seorang exco negeri untuk mendapatkan kontrak untuk kroni termasuk anaknya bernilai RM1 juta.

Ini berikutan penafian sekeras-kerasnya oleh Tee terhadap semua tuduhan ke atasnya. Beliau mendakwa ini merupakan amalan biasa pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat negeri.

Tee kemudian menyifatkan tindakan pantas DAP sebagai "terlalu awal" kerana kerajaan negeri masih menjalankan siasatan tentang dakwaan terhadap beliau.

‘Kita tidak boleh mengharamkan surat-surat sokongan

Pengeluaran surat-surat sokongan merupakan amalan biasa, malahan ketika Barisan Nasional memerintah dan Khalid mengakui amalan ini masih mengalir dalam darah.

Beliau berkata demikian ketika respon kepada kenyataan Speaker Teng Chang Khim dalam portal berita "The Malaysian Insider" bahawa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat mengeluarkan surat sokongan sejak mereka menjawat portfolio masing-masing pada 2008.

Bagaimanapun beliau dengan pantas menambah, surat-surat itu tidak seharusnya dianggap sebagai pembuat keputusan. Sebaliknya ia harus dianggap sebagai "salam pengenalan."

"Surat-surat sokongan hanya sebagai tanda bagi mereka yang ingin memberi sokongan bahawa mereka kenal seseorang, dalam kerajaan negeri, disebut Pengenalan.

"Sebab itu kami mencadangkan semua pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri menerima surat-surat sokongan sebagai pengenalan untuk mendapatkan kontrak perniagaan.

"Ini tidak bermakna mereka akan mendapat kontrak hanya kerana mereka mempunyai surat sokongan. Pada masa yang sama, kita tidak boleh mengharamkannya kerana ia mengandungi tujuan yang baik ekoran wakil rakyat dilantik oleh rakyat," kata Khalid.

Bagaimanapun, beliau menegaskan penggunaan surat-surat sokongan seharusnya lebih diterima untuk program-program kebajikan, di mana orang ramai memerlukan sokongan.

Tiada ulasan: