Ahad, 8 Ogos 2010

Tawaran menteri `bagus’ tetapi penduduk mahu rumah teres


images By B Nantha Kumar

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia menggesa penduduk Bukit Jalil menerima tawaran bari Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) tetapi wakil penduduk K Balakrishnan, mereka mahu rumah teres, bukannya flat kos rendah yang ditawarkan kepada 41 keluarga.

Sebuah keluarga telah menerikma tawaran dengan membeli flat yang berharga RM80,000 dengan harga diskaun RM35,000.

Balakrishnan juga menafikan menteri menemui bekas pekerja ladang sebanyak 16 kali, cuma sekali perbincangan antara mereka.

“Kali terakhir kami menemui beliau pada 2 ogos. Dalam pertemuan itu, Subramaniam tidak dapat membantu berhubung rancangan merobohkan rumah kami," beliau memberitahu FMT.

DBKL telah membuat tawaran baru kepada penduduk yang enggan meninggalkan rumah mereka. Penduduk akan menentang perobohan walaupun terpaksa berdepan polis anti rusuhan.

Khamis lalu, pendudk menghantar memorandum kepada pejabat perdana menteri dan beberapa yang lain meminta diberi masa untuk mempertimbangkan tawaran baru itu.
Masa dilanjutkan

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan perobohan ditangguhkan hingga penyelesaian dicapai.

Bagaimanapun, Balakrishnan berkata walaupun masa dilanjutkan tidak bermakna penduduk akan menerima tawaran itu.

“Permintaan kami ialah rumah teres seperti diberikan kepada bekas pekerja ladang Kinrara. Adakah kami tidak layak mendapat rumah teres?" tanyanya.

Dalam sidang semalam, Subramaniam berkata, kementerian sedia untuk berunding dengan penduduk.

Beliau menambah kementrrian itu bersedia untuk bekerja dengan kementerian wilayah dan kesejahteraan bandar untuk menyelesaikan isu itu.

Mengenai tawaran baru DBKL, Subramaniam berkata: “Ia tawaran yang baik dan seharusnya diterima oleh penduduk.”

Tiada ulasan: