Sabtu, 7 Ogos 2010

Sibu = ahli sihir, nama baru Cina dicari

BERNAMA


Gabungan Persatuan Cina (UCA) Bahagian Sibu kini dalam misi mencari nama dalam bahasa Cina bagi bandar Sibu dan akan menganjurkan pertandingan bagi tujuan itu.

Presiden persatuan itu, Datuk Lau Nai Hoh, berkata hadiah menarik ditawarkan kepada individu yang dapat memberikan nama yang sesuai dalam bahasa Cina.

"Sibu kini dikenali dengan nama “Shi Wu” dalam bahasa Cina. Bagaimanapun, perkataan “Wu” bermakna "ahli sihir" dalam bahasa Cina. Ini tidak sesuai," katanya pada majlis makan malam sempena meraikan kejayaan penganjuran Festival Kebudayaan Borneo (BCF) ke-9 baru-baru ini.

Katanya, persatuan bersetuju menganjurkan pertandingan itu selepas membincangkan perkara itu dengan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Sri Wong Soon Koh, dan beberapa pemimpin lain.

"Kami mahu orang ramai turut serta dalam memberikan nama yang sesuai dan mempunyai makna yang baik," katanya.


Tiada ulasan: