Rabu, 18 Ogos 2010

Siasatan pelacuran: Arjunan tak beri kerjasama

BERNAMA


Polis kesal dengan tindakan ahli politik PKR MS Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaan seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sikap Arjunan itu hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

"Beliau telah datang memberi keterangan, tetapi tidak memberi kerjasama yang diharapkan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Arjunan yang dia mempunyai bukti kukuh.

Sebelum ini Arjunan telah membuat laporan polis yang mendakwa seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah.

Arjunan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan semalam.


Tiada ulasan: