Ahad, 15 Ogos 2010

Selepas sebulan Suara Keadilan ditamatkan permitnya ...

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein untuk mengizinkan penerbitan semula lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, selepas lebih sebulan ditamatkan permitnya, amat dikesali. Serentak itu, kempen menuntut Suara Keadilan dibenarkan beroperasi mesti digerakkan segera secara sistematik.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Ahmad Lutfi Othman berkata, langkah primitif KDN itu bukan sahaja menutup ruang kebebasan bersuara yang sedia sempit di negara ini, bahkan ia juga melambangkan ketakutan parti pemerintah untuk mendengar kritikan rakyat.

Akhbar Suara Keadilan, tambah Lutfi, diterbitkan oleh sebuah parti politik yang mendapat sokongan memberangsangkan dalam pilihan raya umum lalu. Oleh itu tindakan menghalang penerbitan organ parti berkenaan, katanya, merupakan pencabulan terhadap hak rakyat untuk mendapat maklumat dan pandangan daripada pelbagai parti yang dibenarkan bergerak di negara ini.

"Sudahlah semua akhbar parti-parti dalam Pakatan Rakyat dikongkong dengan pelbagai peraturan tidak munasabah, seperti dihadkan jualan kepada ahli di markas parti sahaja dan kandungannya terbatas kepada hal ehwal parti, malah permit penerbitannya juga boleh ditarik bila-bila sahaja tanpa sebarang sebab," ujar Lutfi.

Beliau yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah turut menarik perhatian terhadap nasib dan masa depan kakitangan Suara Keadilan terutama menjelang Syawal nanti.

"Sempena Ramadan yang mulia ini, Hishamuddin atau Perdana Menteri sendiri, Dato' Seri Najib Razak harus berlapang dada dengan membenarkan akhbar berkenaan beroperasi semula. Jika ada pihak yang berasa tersinggung dengan laporan Suara Keadilan, mereka boleh mengambil tindakan menurut saluran tertentu," katanya.

"Tindakan menutup mulut pengkritik hanya membuktikan bahawa Najib dan BN berada dalam keadaan resah-gelisah. Perdana Menteri telah memusnahkan usaha pembaharuan yang cuba diusahakannya sendiri," tambah Lutfi.

KAMI kini mengatur kempen agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang menjadi penghalang besar kebebasan bersuara di negara ini, dimansuhkan segera.

Sebelum ini, lebih 10 tahun lalu, dua majalah yang diusahakan Lutfi, iaitu Detik dan Wasilah, diharamkan KDN, selain akhbar mingguan Cabaran yang turut diganggu operasi penerbitannya.

KAMI merupakan NGO yang memperjuangkan kebebasan media di negara ini, dan diitubuhkan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan keras termasuk mengharamkan dan mengehadkan kekerapan penerbitan media berbahasa Melayu yang diilihat bebas daripada pengaruh pemerintah pada tahun 2000, sejurus selepas pilihan raya umum November 1999.

12 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Macam itulah kalau dah takut dengan bayang bayang sendiri, kekuatan UBN hanyalah mengunakan KUKU BESI MEREKA.

PRU 13 menanti anda yang dalam ketakutan.

mandau berkata...

Suara Keadilan ditamatkan permaitnya kerana ia mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan boleh mengelirukan rakyat. sesebuah akhbar taj seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti ini.

madd berkata...

tindakan yang diambil adalah bersebab. setiap media perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan. yang paling penting adalah maklumat yang dikeluarkan perlulah tepat.

mantra berkata...

akhbar yang tidak mematuhi peraturan dan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mmg harus diambil tindakan tegas. suara keadilan ditamatkan permitnya kerana perkara ini. ini harus dijadikan pengajaran kepada akhbar2 lain agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti ini.

Unknown berkata...

Saya rasa memang tidak salah Suara Keadilan ditamatkan permit kerana maklumat yang diterbitkan mempunyai unsur fitnah dan ini boleh menyebabkan rakyat melawan kerajaan.

Hosie Masie berkata...

BN tidak akan gelisah dan resah dengan pembangkang. Penamatan Permit Suara Keadilan mungkin ada sebab lain. Tapi apa pun, pihak suara keadilan cuba mencari cara untuk mendapat balik permit tersebut dengan berjanji dengan KDN tidak akan memgeluarkan isu tidak melebihi batas.

Ted Medresher berkata...

mungkin sebab akhbar2 itu bersifat politik dan sering menyerang kerajaan. tugas2 akhbar bukan menimbulkan kemarahan atau kebencian dikalangan rakyat tetapi sama2 membangunkan negara dan masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

BN tidak pernah takut langsung dengan PR. BN mempunyai sokongan yang hebat dari para rakyat.

tapi, PRU13 ini saj yang menentukan siapa yang takut sebenarnya..

Ted Medresher berkata...

sekiranya PR dapat mengambil alih pemerintahan negara, pasti mereka juga akan melakukan perkara yang sama untuk melindungi imej mereka.

Boten_Trish berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Boten_Trish berkata...

Well, I'm sure PR will do the same thing. Exactly like how UMNO would do. To curb and control any damaging slandering and defamation.

Unknown berkata...

Kalau berbaur unsur fitnah dan pembohongan, memang perlu diambil tindakan. Walau macammanapun, jangan salah-gunakan Freedom of Press and Freedom of Speech sebab sekiranya ditarik balik, sendiri yang rugi.