Rabu, 11 Ogos 2010

Saman: PDRM mahu tambah baik sistem computer

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menambah baik Sistem Pengurusan Saman Berkomputer (Sistem Trafik Cops) bermula hari ini hingga Isnin depan.

Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof berkata berikutan penambahbaikan itu, sistem semakan dan pembayaran saman akan ditangguhkan dalam jangka waktu tersebut.

“Persetujuan telah dicapai di antara PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mana dalam tempoh satu minggu ini, semua urusan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, tidak akan disekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: