Ahad, 29 Ogos 2010

Saifudin Mahu Bincang Dengan Pemuda Pas Dan Gerakan

BERNANA

GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifudin Abdullah berkata pada Ahad beliau mahu berbincang dengan Pemuda PAS dan Gerakan berhubung soal sama ada dibolehkan pelajar institusi pengajian tinggi aktif dalam politik.

Beliau berkata ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan terbaik daripada pelbagai pihak sebelum sebarang keputusan mengenai perkara itu diputuskan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sangat terbuka dengan perkara ini, maknanya ia masih lagi boleh dibincangkan antara pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju," katanya kepada pemberita.

Saifudin berkata banyak faedah boleh diperolehi sekiranya dibenarkan pelajar menyertai parti politik yang antaranya dapat mematangkan sistem demokrasi di samping memberikan hak berpolitik kepada pelajar.

"Kumpulam pelajar yang berminat dengan politik sangat kecil, walaupun begitu hak mereka tetap tidak boleh dinafikan untuk sertai politik, Kita harus fahami matlamat cadangan itu dan lambat laun perkara ini akan menjadi kenyataan," katanya.

Tiada ulasan: