Rabu, 18 Ogos 2010

POLIS KONTINGEN SABAH LUBUK ‘PENJENAYAH’?

SABAH DAILY

“TANGKAP dan dakwa Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim; Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Jaini Abd Kadir dan semua Pegawai Polis yang bersubahat membantu penjenayah bernama Hon Chun Lip,” demikian antara isi kandungan laporan Polis yang dibuat oleh mantan Ketua Daerah Sandakan pada petang ahad, 15 Ogos 2010.


Menurut OKK Hassnar Hj Ebrahim, pada subuh (antara jam 03.00 hingga 04.00 pagi) lebih kurang 100 anggota polis telah diarah oleh Pesuruhjaya Polis Sabah menceroboh ke kawasan tanah OKK Hassnar, sebagai pemilik benefisialnya.

OKK Hassnar memberi tahu Krew Sabahkini.net yang menemubualnya selepas membuat laporan polis petang tadi, bahawa tindakan yang diambil oleh Polis dalam kejadian pada tarikh tersebut adalah satu tragedi yang memalukan kerana masih ramai spesis ‘musang berbulu ayam’ di dalam PDRM.

“Ada banyak laporan polis yang pernah saya atau ahli keluarga saya buat mengenai tanah bergeran dan berdaftar atas nama isteri atau anak-anak saya yang telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggunjawab, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Polis,” kata OKK Hassnar dengan nada kesal.

Tambah OKK Hassnar lagi, apa yang beliau alami lebih mudah difahami jika ditamsilkan seperti berikut. Umpamakan seorang tauke yang memilik bangunan 20 tingkat membuat laporan Polis pada jam 12.01 minit; maka pada jam 12.02 minit, Polis tanpa legah dan berfikir panjang akan terus bertindak.

“Sebaliknya jika ada rakyat bumiputra Sabah yang tidak mampu membawa anggota Polis pergi karaoke atau tidak mampu sediakan perempuan untuk memuaskan nafsu mereka, biar berpuluh laporan Polis mengenai jenayah yang boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan, laporan tersebut tidak akan diambil tindakan oleh Polis walau sudah berpuluh tahun berlalu,” ujar OKK Hassnar yang agak kesal kerana Pesuruhjaya Polis Sabah tidak serik apabila disaman ketika melakukan tindakan yang serupa di Latangon, Kinabatangan pada 2007.

OKK Hassnar menyifatkan kehadiran Noor Rashid Ibrahim sebagai ‘Si Kitul Moden’ setelah sejarah mencatat Si Kitul bersama Raja Mendeliar pernah mengkhianati penduduk Melayu dan Sultan Melaka sehingga Melaka berjaya dijajah Portugis atau Soldadu Feringgi.

“Kehadiran Noor Rashid Ibrahim sebagai Pesuruhjaya Polis adalah membahayakan penduduk bumiputera Sabah. Banyak tanah milik kaum bumiputra Sabah telah di rampas dengan cara tipu tetapi enggan disiasat oleh Polis, walau telah diadukan secara rasmi,” kata OKK Hassnar lagi.

Namun sebaliknya, kata OKK Hassnar, apabila bumiputera yang menjadi mangsa kekejaman ‘Lanun Tanah’ bertindak mempertahankan tanah mereka, maka Noor Rashid Ibrahim dengan semangat ‘Si Kitul dan Raja Mendeliar’ akan segera bertindak terhadap mereka yang sebenarnya adalah mangsa penipuan.

“Ini adalah corak keadilan kaum penjajah yang cuba diaplikasikan oleh Noor Rashid Ibrahim terhadap penduduk tempatan Negeri Sabah. Saya amat berharap kaum bumiputrera Sabah akan mengambil perhatian serius berhubung kejadian seumpama ini kerana Pegawai Polis dari Malaya seperti Noor Rashid boleh merosakkan masa hadapan generasi anak negeri Sabah dalam konteks pemilikan tanah, ” ujar OKK Hassnar lagi.

Mengikut rekod Sabahkini.net, kejadian pemilik tanah bumiputera mempertahankan tanah telah menjadi mangsa sandiwara Polis, terutamanya ‘petualang’ seperti Noor Rashid sering berlaku di Sabah.

“Noor Rashid Ibrahim bertanggungjawab menyebabkan seorang penduduk tempatan dibunuh oleh pendatang asing yang diambil menjadi barua kepada kaum pendatang untuk merampas tanah yang telah diusahakan berpuluh tahun dan adalah menjadi milik kaum bumiputra Sabah,” sambung OKK Hassnar yang mengimbas kembali Tragedi Berdarah di Tingkayu, Kunak, Sabah.


Tegas OKK Hassnar, Noor Rashid tidak boleh terus berselindung di sebalik uniform dan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan bersandiwara menafikan bahawa dia adalah punca utama dan bertanggunjawab menyebabkan mendiang Saipon Kayabo mati dibunuh oleh pendatang asing dalam kejadian rampasan tanah di Tingkayu.

“Dengan nama Allah saya bersumpah akan mengheret ‘Barua Haram jadah’ ini ke muka pengadilan agar menjadi teladan kepada Pegawai Polis Malaya supaya tidak terlalu kurang ajar di Sabah dan menyalahguna kuasa mereka,” tegas OKK Hassnar yang mengaitkan Noor Rashid dengan Peristiwa Latangon 2007.

SERANGAN.... Serangan di Latangon juga diadakan pada waktu subuh melibatkan lebih 200 orang pegawai polis pelbagai pangkat yang diupah oleh Kwantas Plantation Berhad.

Pada November 2007, OKK Hassnar memberitahu bahawa Noor Rashid telah mengarahkan lebih kurang 200 orang anggota Polis dari seluruh Sabah mengepung OKK Hassnar dalam kejadian cubaan Polis membantu ‘Penjenayah Anak Negeri’, Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung merampas tanah bergeran yang Hassnar ada kepentingan.

Sebagai tindak balas, OKK Hassnar telah memfailkan writ saman terhadap DSP Jaini Abd Kadir bersama Noor Rashid Ibrahim dan lebih kurang 50 orang anggota Polis yang lain.

Kes guaman ini masih dalam Mahkamah dan dijangka akan dibicarakan pada penghujung tahun 2010 ini.

Berikut adalah isi kandungan penuh Laporan Polis (SDK/RPT/11674/2010) yang dibuat oleh OKK Hassnar kelmarin namun enggan disiasat oleh pegawai polis yang bertugas kerana mereka mendakwa itu ‘Peperangan Peribadi’ antara OKK Hassnar dengan Datuk Noor Rashid Ibrahim.

“Pada lebihkurang jam 03.00 hingga 04.00 subuh 13 Ogos 2010 beberapa orang pekerja saya bersama pekerja kontraktor saya telah ditangkap dalam kawasan tanah dipohon oleh Puan Fatimah Binti Bongkokan (NRIC 540320-12-5652) dan Puan Jainal Binti Mantahir (KP 511210-12-5624) berdaftar di Pejabat Penolong Pemungut Hasil tanah daerah Kinabatangan di bawah PT 77091506 dan PT 77091502.

Saya telah beli dan bayar sepenuhnya harga jualan dan adalah pemilik benefisial ke atas tanah dipohon PT 77091506 dan PT 77091502 bersama beberapa puluh keping tanah lain yang terletak berdampingan (selepas daripada ini tanah dipohon di bawah PT 77091506 dan PT 77091502 bersama beberapa puluh keping tanah lain yang terletak berdampingan tanah dipohon di bawah PT 77091506 dan PT 77091502 adalah dirujuk sebagai 'Tanah Berkenaan').

Setelah pemohon asal tanah berkenaan selesai laksanakan kerja-kerja pengukuran, geran bagi tanah berkenaan, disedia dan dikeluarkan di bawah syarat Native Title, telah diambil keluar seterusnya dipindah milik kepada nama seorang lelaki berbangsa China bernama Hon Chung Lip NRIC 380922-12-5035/H 0404221.

Pemilik berdaftar geran-geran tanah berkenaan, atas nama Hon Chung Lip NRIC 380922-12-5035/H 04040221, telah berjaya rampas tanah berkenaan dengan menggunakan dokumen palsu dan penipuan. Penama Hon Chung Lip telah diistihar oleh Mahkamah Tinggi Sandakan sebagai bukan Anak Negeri dan Sijil Anak Negeri yang digunapakai oleh Hon Chung Lip adalah diperolehi melalui jalan yang menyalahi Undang-Undang.

Saya buat aduan ini supaya Polis Di Raja Malaysia tangkap dan dakwa Pesuruhjaya Polis Kontingen Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim; Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir bersama semua pegawai dan anggota yang bersubahat menyalahgunakan kuasa polis mereka melindungi penjenayah bernama Hon Chung Lip NRIC 380922-12-5035/H 04040221 seterusnya menganiaya pekerja saya dengan menangkap dan menganiaya mereka di mana, ketika laporan ini dibuat semua pekerja saya bersama kontraktor saya masih dikurung dalam lokap Balai Polis Bandar Sandakan.

Tiada ulasan: