Isnin, 23 Ogos 2010

PKR Sabah berkocak kembali

FREE MALAYSIA TODAY

Jeff1 KOTA KINABALU: Rahsia tersimpan selama ini tidak begitu memberangsangkan buat PKR Sabah ekoran dua belas pemimpin dalam kem Dr Jeffrey Kitingan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana memberontak setahun lalu.

Dan berita buruk ini datang tidak kena pada waktunya, ketika mana mereka sedang menghadapi persaingan dalam pilihan raya Cabang parti itu bulan depan.

Kesemua mereka dipanggil berdepan dengan jawatankuasa disiplin parti hari Rabu ini kerana penglibatan mereka dalam usaha untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) tahun lalu.

Arahan secara tiba-tiba dari Ketua Umum Anwar Ibrahim untuk menyoal siasat 12 pemimpin yang terlibat ketika mereka sedang berkempen boleh mengakibatkan kacau bilau, kali ini mungkin lebih buruk dari yang terdahulu.

Menurut sumber-sumber, peristiwa yang tidak dijangka ini telah membuat Jeffrey dan beberapa pemimpin Kadazandusun dalam parti naik marah.

Dua belas mereka ialah are Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Mozes Iking, Guandee Kohoi, Sylvester Balon, Dr Nicholas Guntobon, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Paul Kerangkas, Innocent Makajil, Gonsubin Yosundang and Nasir Sami.

Kesemua mereka telah menerima dan menjawab surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution minggu sudah Sekurang-kurangnya lapan dari 12 akan bertanding untuk jawatan ketua cabang.

Sumber-sumber parti berkata, kedua-dua belas mereka ini menghadapi risiko sama ada di gantung atau dipecat. Masalah disiplin ini memeranjatkan Jeffrey dan membuat beliau berang.

15 ulasan:

Bujang Senang berkata...

12 orang bakal dikenakan tindakkan disiplin, antara tindakkan nya digantung atau pun dipecat. Masalah disiplin ini memeranjatkan Jeffrey dan membuat beliau berang. ini akan melemahkan parti PKR ini. Oleh itu, nasihat untuk PKR jangan terlampau menjaga tepi kain orang sekiranya sendiri ada masalah.

mandau berkata...

nampaknya ramai ahli2 PKR yang mempunyai masalah disiplin, bagaimana PKR nak memimpin negera jika ahli2 tidak mempunyai disiplin.

zam berkata...

masalah disiplin seperti ini akan melemahkan keyakinan rakyat. rakyat tidak mahukan pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan tindakan yang wajar diambil untuk memastikan ahli-ahli yang terlibat mengikuti peraturan lain kali.

Tanpa Nama berkata...

PKR seharusnya berjati semasa memilih ahli, jgnlah mengambil ahli2 yang tidak berdisiplin, ia mencemarkan nama baik parti, keyakinan rkyat juga akan semakin lemah.

Tanpa Nama berkata...

pimpin parti sendiri dahulu sehingga parti itu benar2 mantap sebelum memimpin rakyat atau negara. rakyat akan melihat kepincangan dalaman parti sebagai pengukur kemampuan parti itu untuk memimpin negara.

Tanpa Nama berkata...

kalau ahli2nya tidak berdisiplin, bagaimana rakyat mahu mempercayai kewibawaan parti itu untuk membela nasib rakyat? jadi lakukanlah apa yang sepatutnya terhadap ahli2 yang memberontak itu untuk membersihkan imej PKR.. gudluck

samm berkata...

pemimpin sepatutnya terdiri daripada mereka yang berwibawa dan bukannya yang mempunyai masalah disiplin.rakyat tidak menyokong pemimpin yang bermasalah.

Unknown berkata...

Another internal conflict? Well good luck with that.

Bi berkata...

Dimana2 akan ada sahaja masalah yang menimpa, tidak ada kata lain selain dari "Bah, ka c selesai bagus2 ah" p/s Jangan sibuk cari kesilapan atau cacat cela orang lain...

Paquin berkata...

Famous betul PKR sejak akhir2 ni oo.. hhmmmm..

Paquin berkata...

Hal ni jelas membuktikan wujudnya masalah dalaman PKR. So kalau boleh, utamakanlah prestasi parti dan jangan asyik cari ruang burukkan parti lain. hehe

Paquin berkata...

hehhee.. ada betulnya pa ko cakap tu amrul. Mungkin inlah akibatnya kalau terlampau menjaga tepi kain orang kan sampai terlupa lihat dalam kain sendiri :P hehe

Paquin berkata...

Betul tu mai. Hal ni hanya akan membuat rakyat meragui kemampuan kepimpinan PKR.. huhuhu
Bahaya juga kalau ada masalah disiplin oo :P

Paquin berkata...

Apapun, pedulilah bah.. Yang penting next GE nanti rakyat buat pilihan yang tepat!