Isnin, 16 Ogos 2010

Permohonan Anwar untuk gugurkan kes ditolak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa.

Dalam penghakimannya, hakim bersetuju dengan afidavit anggota pendakwa DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat kes ini Judy Pereira bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) itu, Farah Azlina Latif hanya mengambil nota perbicaraan sahaja.

(Gambar fail: Farah (tiga dari kiri) bersama pasukan pendakwa dan Saiful (kanan sekali) ketika melawat kawasan yang dikatakan kejadian berlaku)

Oleh itu, Farah tidak boleh mengakses kepada dokumen perbicaraan dan penyiasatan yang boleh menganggu perbicaraan itu ekoran hubungannya dengan Saiful.

"Dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

"Oleh itu, mahkamah tidak nampak sebarang salah laku dalam bukti di sini. Jadi mahkamah menolak permohonan ini," kata hakim itu.

Saiful dan Farah didakwa mempunyai hubungan romantis oleh penulis Raja Petra Kamarudin dalam blognya.

Ekoran dakwaan ini, Farah seorang timbalan pendakwaraya (DPP) telah digugurkan dari pasukan pendakwa oleh Peguam Negara.

Ekoran itu, Anwar memohon agar dakwaan ke atasnya digugurkan kerana hubungan ini akan menganggu proses keadilan terhadap kesnya.

Sementara itu, Anwar menyifatkan, keputusan ini telah diduga oleh beliau.

"Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya," kata Anwar dalam kenyataannya.

Katanya, walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.

Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan.

"Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu.

"Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!" soal beliau.

12 ulasan:

Sanih Alias berkata...

Disini bukan getar atau apa pun. tapi ini adalah keputusan mahkamah. Mungkin cerita dan tuduhan tetang farah dan Saiful itu tida kuat itu sebab kenapa hanya farah saja yang digugurkan menjadi pendakwa bagi saiful. Jadi kita tengok kebenaran yang akan datang.

samm berkata...

nampaknya sehingga kini kes ini masih belum selesai lagi. kes ini sudah menjadi semakin kompleks.

Paquin berkata...

makin lama makin complicated pula hal ni. huuuhuhu

Paquin berkata...

Betul tu pacayang. Negara kita ada undang2 bah, so tunggu ja la apa keputusan mahkamah nanti.

Boten_Trish berkata...

The truth will emerge itself when the time comes. Let's just sit back and relax. Observe the whole drama, just wait and see.

Tanpa Nama berkata...

makin lama makin rumit kes ini, makin byk tanda tanya. entah apalah kesudahanya.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana RPK yang tidak berada di Malaysia tahu cerita ini, malah baru2 ini RPK juga mendedahkan hubungan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. mungkin ada pihak lain yang menyampaikan maklumat ini tapi kenapa bukan orang itu saja yang dedahkan? atau pendedahan ini disengajakan untuk mencemarkan bukti2 pendakwaan, atau memanjangkan kes ini. yang pasti isu ini semakin rumit dan seolah2 tidak ada penghujungnya.

Mei berkata...

If Anwar wants people to know he is not guilty, then he should not had requested to drop the case. Knowing he wanted to drop the case makes me wonder whether he could be guilty after all.

Mei berkata...

But whatever it is, I do hope this case will be solved as soon as possible before more speculation arises and will cause more complication to this case.

Anak Sabah berkata...

Kes ini makin hari makin rumit. Belum lagi dapat penyelesaian walaupun dah lama ditunggak.

Tanpa Nama berkata...

dal lama kes ini dibicarakan, hingga kini ia masih lagi belum selesai. makin lama makin rumit pla.

Unknown berkata...

Kenapa semakin lama, semakin complicated kes ini? Sampai sekarang tidak juga pandai selesai. Sampai bila kes ini perlu di drag-on?..Time is wasted here.