Ahad, 22 Ogos 2010

Pengerusi Felda Gesa Orang-Ramai Jangan Panik

TV SELANGOR

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor menggesa warga Felda untuk tidak bimbang dengan status kewangan badan itu, yang menurutnya diuruskan secara profesional.

"Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana Felda tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan. Pengurusan Felda adalah profesional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam selepas menyampaikan saguhati RM300 kepada 19 Pengerusi Masjid Dalam Rancangan Felda Terengganu.

Pakatan Rakyat dan gerakan peneroka prihatin sebelum ini mendedahkan beberapa salah-laku yang didakwa melibatkan pengurusan Felda. Sebuah lagi badan bukan kerajaan akan ditubuhkan khusus bagi membela nasib warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau Felcra.

Pada 9 Ogos lalu, seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: