Jumaat, 6 Ogos 2010

Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta cuti, bukan dipecat isu pasir

BERNAMA

SHAH ALAM — Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Ir Ramli Abdul Majed kini bercuti sebulan bagi menyelesaikan masalah keluarga dan bukan dipecat, kata seorang ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta, Mat Shuhaimi Shafie.

Ketika dihubungi di sini Shuhaimi meminta agar tidak ada pihak membuat spekulasi berhubung ketiadaan Ramli yang mengemudi operasi pengeluaran pasir oleh KSSB, anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu.

“Setahu saya dia hanya mohon untuk bercuti kerana ada masalah keluarga dan ingin menyelesaikannya... itu saja.

“Saya tahu mengenai cutinya semalam ketika kami ada mesyuarat ahli lembaga pengarah.

“Memang soal cutinya ada disebut dalam mesyuarat itu tetapi soal pemecatan Ramli tidak timbul langsung,” katanya.

Beliau diminta mengulas desas-desus mengenai pemecatan Ramli sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu.

Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui Ramli pernah menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan namun ditolak kerana KSSB berpendapat khidmatnya masih diperlukan.

Ditanya bila kontrak perkhidmatan Ramli tamat, Shuhaimi berkata beliau tidak pasti. —

Tiada ulasan: