Jumaat, 6 Ogos 2010

Peneroka percaya Felda akan bankrap

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dunhulubesut%20008.jpgBULETIN ONLINE

Sekiranya Tidak DiLakukan Perubahan

BESUT
- Dalam pada Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor mengatakan kononnya tuduhan Felda bankrap bertujuan semata-mata ingin memancing undi, sebaliknya, sekumpulan peneroka Felda Tenang disini percaya bahawa Felda sedang menuju bankrap

Mereka yang ditemui Buletinonline semalam bahkan menuduh Pengerusi Felda itu sebagai 'pelawok' kerana sering datang dan berjanji tetapi tidak menunaikan janjinya.

"Dia datang buat majlis, makan besar, isytihar untuk buat penempatan bagai generasi kedua, kemudian dia balik, tak ada apa satu yang berlaku,"kata Zakaria Mamat (Gambar).

Menurutnya, janji untuk membangunkan kawasan Padang Ragut Felda Tenang sebagai tapak penempatan sudah terlalu lama mereka dengari.

"bila sampai dekat dengan pilihanraya, ada orang datang ukur dan edar borang serta kutip duit, konon untuk pengagihan bagi penempatan, lepas tu, lepas pilihanraya, senyap....,"ujarnya

Menurut Zakaria pelbagai isu yang melibatkan pengurusan Felda tidak diuruskan dengan betul yang memungkin persoalan 'Felda Bankrap' adalah benar.

Antaranya, kata beliau adalah soal penanaman semula, pemotongan upah, pengurusan JKKR dan pengurusan Felda di rancangan-rancangan tanah tersebut.

Beliau menolak hujah pihak penguusan Felda yang menafikan bahawa Felda tidak bankrap dengan menyatakan Felda membayar dividen yang tinggi baru-baru ini.

"Apa yang dibayar oleh Felda itu adalah hak saya, bukan hak Felda,"tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Sepakat, sebuah NGO peneroka Felda mengambil contoh soal pembajaan pokok kelapa sawit yang dilakukan oleh pengurusan Felda.

Katanya, masakini Felda tidak memaklumkan berapakah kos membaja dan upah membaja yang telah dilaksanakan oleh Felda kepada para peneroka.

"Saya tak tahu berapa kos baja dan upah yang dibelanjakan, cuma sekarang Felda di sini (Felda Tenang) hanya membaja pokok kelapa sawit setahun sekali,

"tetapi, kos baja dan upah membaja tersebut dipotong setiap bulan dari Penyata Pendapatan Peneroka,"jelasnya

Tiada ulasan: