Khamis, 19 Ogos 2010

Pemilihan PKR Kota Raja: Bekas Bendahari cabar exco negeri

kottapan Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Bekas Bendahari PKR Selangor, S Kottapan akan mencabar Dr Xavier Jeyakumar bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja dalam pemilihan parti 27 September depan.

Dr Xavier, ialah ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Andalas dan ketua cabang PKR pada ketika ini. Beliau juga merupakan exco kesihatan, pekerja ladang dan kemiskinan kerajaan negeri Selangor.

Ketika dihubungi FMT hari ini, Kottapan berkata, keputusan itu diambil adalah atas kehendak ahli-ahli PKR di peringkat akar umbi Kota Raja.

"Saya mendapat sokongan dari ahli PKR pelbagai kaum – India, Melayu dan Cina. Mereka yang mahu saya menjadi Ketua PKR Kota Raja. Seluruh masyarakat India di Selangor tidak gembira dengan Dr Xavier, termasuk orang Melayu.

Katanya, "perbezaan saya dengan Dr Xavier ialah saya hendak bawa orang lama (reformasi) ke dalam kepimpinan di peringkat cabang manakala Dr Xavier mahu orang baru."

"Kalau semua mahu bawa orang baru, apa jadi orang lama yang terbabit dengan reformasi dahulu?" soal Kottapan.

Menurutnya, PKR Kota Raja mempunyai 7,948 ahli iaitu paling ramai di Malaysia. Dari jumlah itu, India sebanyak 68%, Melayu 30% dan 2% Cina.

PKR Kota Raja mempunyai 40 ranting (cawangan) dari dua kerusi dewan undangan negeri iaitu Seri Andalas dan Seri Muda.

Tiada ulasan: