Sabtu, 28 Ogos 2010

Pemberian Hari Raya Najib Tidak Selesai Kesengsaraan Hidup Rakyat

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebgai 'lembab', 'terhegeh-hegeh' dan selalu 'ketinggalan bas' terutama dalam melaksanakan program atau usaha yang memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata beliau mengambil contoh keputusan kerajaan pusat memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam sempena hari Raya Aifil Fitri bulan depan hanya setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengorak langkah memberi RM400 kepada kakitangan awam negeri.

Kerajaan pusat akan menanggung perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi penjawat awam dan RM295 juta bagi pesara bagi pemberian hari raya yang diumumkan Rabu lalu.

"Beliau kononnya ingin kelihatan supaya apa yang dilakukannya menjadi ikutan, tetapi sebenarnya Najib gagal untuk menjadi pengilham. Dia selalu 'ketinggalan bas' dalam idea untuk memberikan manfaat kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang ini adalah perlumbaan untuk mengambil hati rakyat, dan ini sudah tentu nya memberi keuntungan adalah rakyat. Sebelum ini pun, kita dengar berita tentang warga peneroka Felda yang akan menerima wang bonus hari raya," kata Abdullah Sani.

Beliau menganggap pemberian bonus RM500 kepada kakitangan awam merupakan 'gula-gula politik' yang bersifat sementara kerana selepas sambutan hari raya rakyat akan kembali kepada keadaan kehidupan mereka yang sebenar iaitu kesukaran ekonomi dengan kos kehidupan yang meningkat.

"Memang kita bersyukur dengan bonus tersebut, tetapi adakah pemberian ini dapat diimbangkan dengan perbelanjaan semasa? Soal pokoknya harga barangan asas semuanya telah naik.

"Rakyat telah lama sengsara, merana dan menderita. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Mereka juga tidak menerima sebarang bonus untuk menyambut hari raya," kata beliau lagi.

Abdullah Sani yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen mengesyorkan kepada sektor swasta untuk memikirkan insentif yang bersesuaian bagi pekerja swasta terutamanya dalam persediaan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang.

18 ulasan:

zam berkata...

pemberian Hari Raya tidak perlulah dijadikan isu. langkah kerajaan memberikan pemberian Hari Raya adalah baik. ini dapat membantu penjawat awam dalam mebuat persiapan sambutan Hari Raya.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan nak memberi bonus kepada kakitangan kerajaan adalah satu perkara baik,ia tak perlulah nak dijadikan isu. kita seharusnya bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

mungkin kerajaan PR rasa tercabar dan takut kedudukan mereka tergugat. kalau benarpun PR lebih dulu melaksanakannya, ia tidak patut menjadi isu kerana pemberian itu adalah ikhlas dari kerajaan. kalau Najib tidak memberikan apa2 sempena hari raya ini, tidak mustahil PR juga menjadikannya isu dengan membandingkan tindakan PR dan kerajaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

soal 'ketinggalan bas' bukan sesuatu yang luar biasa. sebab itulah kita selalu mendengar dan dinasihati supaya mencontohi yang baik. berkenaan dengan harga barang naik, Malaysia bukan satu2nya negara di dunia yang mengalami situasi ini.

Tanpa Nama berkata...

berdasarkan blog2 yang lain, sebenarnya Guan Eng mendapat maklumat bahawa PM kita akan memberi bonus RM500 kepada seluruh penjawat awam ketika mesyuarat PM bersama menteri besar dan ketua menteri baru baru ini. ini bermakna Guan Eng yang sepatutnya disifatkan 'ketinggalan bas'..

Sanih Alias berkata...

tidak ada salahnya PM mahu memberikan duit raya kerana ini boleh membantu mereka untuk menggurangkan beban membeli barang-barang raya menjelang raya akan datang.Tidak perlulah mahu menjadikan isu dengan perkara ini.

Sanih Alias berkata...

kita seharusnya bertuah ada PM seperti Datuk Najib yang begitu prihatin dengan rakyatnya. Harap, Datuk Najib dapat buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Bi berkata...

Bersyukurla dengan pemberian itu, dan jika ada kerugian, saya pasti mereka akan ada jalan penyelesaian.

Unknown berkata...

Tidak tersangka pula pemberian hari raya najib pun boleh dijadikan isu. Memangpun ia tidak dapat selesai kesengsaraan hidup rakyat. Duit pocket yang diberikan hanya RM500 yang bertujuan untuk meringankan beban pekerja sempena Hari Raya. Bersyukurlah!

Unknown berkata...

What do you expect? Of course it wouldn't solve the raykat misery. The pocket money that was given is for Hari Raya purposes. Don't make this an issue.

Paquin berkata...

Aduii tolonglah.. tak pandai bersyukur ooo..

Paquin berkata...

Daripada langsung takda, baru tau.. Hairan betul hal ni pun boleh jadi isu.. memang kreatif. hahaha

Paquin berkata...

Sepatutnya kita bersyukur seadanya dengan pemberian PM tu ba... Kalau nak lebih, usahalah sendiri supaya dapat duit lebih. Jangan asyik memutarbelitkan keadaan.

Paquin berkata...

Betul tu maxi shenzi. Pemberian sepatutnya diberi dengan hati yang ikhlas tanpa membandingkan keikhlasan hati dengan pihak lain. Buruk betul sikap PR ni oo.. huhuhu

Paquin berkata...

benda baik harus dikongsi bersama. Asalkan tindakan yang dibuat dapat meringankan beban rakyat, apa salahnya kalau semua pihak pun hulur bantuan.. hihi

anak cemerlang berkata...

alkisah pasal bonus raya tu baguslah... syukurlah...bukan soal orang nak mempolitikkan isu..tapi sepatah kata allahyarham P.Ramlee....baik ada makne tuu....

anak cemerlang berkata...

Alkisah pasal bonus RM 500 tu baguslah, alhamdulillah.....tetapi tuan-tuan perlu ingat jugak... P.ramlee kata..baik ada makne tuuu...

Anak Sabah berkata...

Saya hanya harap, selepas mendapatkan pemberian hari raya ini, semua kakitangan kerajaan akan lebih berusaha berkhidmat pada rakyat dan negara.