Jumaat, 6 Ogos 2010

Pejabat MB S'gor: Laporan Utusan berniat jahatm

MALAYSIA KINI


Akhbar Utusan Malaysia didakwa menyiarkan “laporan salah dan mengelirukan serta dengan niat jahat" berhubung kenyataan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang disiarkan pada 28 Julai lalu dengan tajuk "MB Selangor sokong cadangan DAP".

Menurut setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz laporan itu juga mungkin menimbulkan ketegangan kaum dan kestabilan negara.

Sehubungan itu, dalam sepucuk surrat bantahan yang dialamatkan kepada ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak - Arfa'eza berkata ulasan Khalid pada sidang akhbar itu sekadar menyebut bahawa kenyataan Tony Pua hanyalah "cadangan dan perlu dibincangkan lebih lanjut.

"Menteri besar menyokong penuh dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera untuk pemilikan rumah terutama bagi rumah kos rendah dan sederhana.

"Sebagai contoh, jika rumah berharga RM1 juta bermakna diskaun RM70,000 boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk membantu rakyat berpendapantan rendah memiliki rumah.

"Malangnya ulasan MB ini tidak dilaporkan," kata Arfa'eza yang turut menyesali tindakan akhbar itu.

Tegasnya, Khalid tidak pernah sekali-kali menyatakan bahawa beliau menyokong cadangan daripada Pua, sepertimana dilaporkan Utusan Malaysia.

Katanya, laporan itu juga "sengaja mencetuskan kebencian masyarakat Bumiputera terhadap menteri besar dan kerajaan negeri Selangor."

Tambahnya, gambaran dalam laporan Utusan itu berbeza dengan keadaan semasa dialog berkenaan berlangsung, yang dikatakan memberi peluang kepada semua pihak yang hadir, termasuk NGO dan pemimpin masyarakat, untuk memberikan input bagi draf Bajet 2011.

"Oleh kerana itu, kerajaan Selangor terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dicipta oleh media arus perdana yang melaporkan berita secara tidak bertanggungjawab.

"Pejabat ini juga menyatakan rasa kesal atas sikap pemimpin BN dan NGO yang membuat kenyataan menghentam kerajan Selangor dan menteri besar berdasarkan fakta yang tidak wujud," katanya lagi.

Tiada ulasan: