Jumaat, 27 Ogos 2010

Parti Cinta Sabah: PKR sah 12 langgar disiplin parti

Harakahdaily

PETALING JAYA: Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 ) penama yang diadu.

Mereka ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

“Pada masa yang bersama dua belas (12 ) penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Tiada ulasan: