Rabu, 18 Ogos 2010

Panas: Jangan guna ISA, Operasi Lalang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan kerajaan supaya jangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Operasi Lalang sebaliknya bertarunglah dalam gelanggang demokrasi, di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad membuat gesaan itu ekoran bimbang dengan suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas.

Justeru, katanya PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambinghitamkan pembangkang kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN.

“Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, keadaan ‘panas’ itu berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

Katanya, kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera.

Tambahnya, Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres China yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.

Kenyataan beliau, kata Idris telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno.

Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di mana beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.

“PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah,” ujarnya.

Tiba-tiba, katanya Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan Bumiputera juga dipertikaikan.

Pada ketika itu, ujarnya pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai.

Ada di kalangan pimpinan Umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru.

Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.

“Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting.

“Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan,” katanya lagi.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ISA akan digunakan jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negera. sesiapa yng terlibat dalam mengancam keselamatan negara akan diambil tindakan ISA.

Unknown berkata...

yang bermasalah saya lihat ialah bukannya pertubuhan politik tersebut tetapi ialah orang-orang yang terlibat dalam pertubuhan politik tu. agama dikaitkan dengan politik dan isu kaum pula dipermain-mainkan

Unknown berkata...

fakta sejarah tentang negara Malaysia dengan kuota Cina, India dan Melayu tidak wajar dipertikaikan. apa yang sudah termaktub tidak boleh diubah. jika mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan isu ini dan kaitkan dengan ISA maka..dia juga adalah mempertikaikan FAKTA SEJARAH!

mike berkata...

setuju dengan pendapat saudara jungle..parti politik bukanlah masalahnya tetapi adalah sikap orang yang menggunakan nama parti untuk kepentingan diri..

mike berkata...

pendapat saudara supra ada kebenarannya... ISA adalah bertujuan untuk menjada keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman yang boleh menimbulkan keadaan yang tegang dan huru-hara...

mike berkata...

seharusnya para pemimpin memainkan peranan menjaga keamanan dan keharmonian antara kaum di malaysia dan bukannya menggunakannya sebagai alat politik..harus diingat bahawa semua kaum di malaysia telah memberikan sumbangan kepada kemerdekaan serta pembangunan negara..

mike berkata...

isu2 sensitif yang boleh mengugat keamanan negara tidak seharusnya dibangkitkan secara terbuka kerana kemungkinan mengundang salah faham di antara kaum...

mike berkata...

diharapkan pemimpin serta rakyat berdiri bersama-sama menjaga keamanan negara tanpa mengambil kira perbezaan kaum, ras, warna kulit, ideologi politik, agama dan sebagainya untuk kesejahteraan bersama sesuai dengan konsep 1Malaysia..

zam berkata...

ISA dikenakan ke atas mereka yang boleh menggugat keselamatan negara. sekiranya tidak ingin dikenakan sebarang tindakan undang-undang, janganlah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Anak Sabah berkata...

ISA ini tidak boleh digunakan sebarangan. Hanya bila betul-betul perlu barulah digunakan. Saya harap ISA ini boleh diperbarukan untuk menjaga hak kemanusiaan dan hak bersuara dan juga memastikan bahawa ia tidak disalah gunakan.

Bujang Senang berkata...

ISA boleh bertindak menahan kepada semua golongan tidak kira siapa mereka sekiranya mengancam keamanan dan hak sasi manusia. Jadi pastikan Undang-undang perlu diikuti. ISA adalah adil dan tidak berat sebelah. tidak kira UMNO, BN, PAS, DAP, PKR dan lain-lain lagi boleh ditahan. Tidak perlu membuat andaian bahawa ISA main wayang. Itu adalah kebenaran.

Mahsiran berkata...

Tidak ada salahnya sekiranya menggunakan ISA sekiranya perkara itu lebih mengundang kepada hak sasi manusia dan mengkritik negara dan juga mengancam keselamatan negara. Dengan semua perkara ini memang memerlu kehadiran ISA. Jadi ISA ini akan bertindak dan tidak menggira siapa mereka tetap akan ditangkap.

Paquin berkata...

aishhhhhhh.... Hal ni kaan terus jadi isu jika semua pihak tak mahu berfikir secara matang!

Paquin berkata...

Apapun saya harap undang2 ISA dapat digunakan sebaik mungkin. Jangan salah gunakannya nanti timbul kontroversi pula. hihi

Unknown berkata...

As for my opinion, chua only voicing out whenever he felt that something are not right, and the way muhyiddin reply to chua's statement, he still can do it in proper way... and maybe the issue not to be as bad as now..