Isnin, 16 Ogos 2010

Padang Golf 1Malaysia untuk Labuan?Jambatan diabaikan

Yang Kecewa

Baru baru ini,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB.Datuk Raja Nong Chick telah melakukan majlis pecah tanah di wilayah persekutuan Labuan bagi projek elit padang golf 1Malaysia bertaraf 18 lubang.

Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi golongan elit atau golongan orang orang kenamaan dan orang orang kaya dan berkemampuan.

Projek tersebut yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Labuan akan menelan belanja sebanyak RM36.5 juta
dengan keluasan 7 ribu kali 35meter di Kiansam berhampiran kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Labuan dan Petronas carigali dengan panorama indah laut china selatan dan projek tersebut diberikan kepada Saujana Scape & Greens Sdn.Bhd.

Tentunya projek tersebut akan memberi impact yang kuat bagi pemain pemain golf di negara ini,sekaligus kepada pemain pemain jemputan antarabangsa lainnya.

Kerana ianya dilengkapi dengan berbagai peralatan dan kemudahan terkini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang januari 2013.

Yang menghairankan,mengapa projek sedemikian menjadi keutamaan dalam memajukan pulau Labuan sedangkan banyak lagi projek yang lebih penting untuk kepentingan rakyat keseluruhan seperti Jambatan yang menyeberangi laut dari Labuan ketanah besar Sabah, yang memang telah menjadi isu hangat ketika ini dimana rakyat di Labuan dan ditanah besar Sabah telah menunggu sekian lama sejak cadangan tersebut disuarakan sejak tahun 1997 lagi?

Tidak kah pemimpin pemimpin kita diatas sana merasakan akan keperluan rakyat jelata?

Padang golf hanya untuk segelintir orang yang berkemampuan, orang kampung dan kebanyakan rakyat tidak tau main golf.

Apa yang orang kampung dan rakyat mau adalah pembangunan yang mendatangkan faedah kepada kehidupan seharian.

Kami disini disifatkan terlalu jauh ketinggalan dari banyak aspek.

Lihat saja apa jadi dengan Bangunan Ujana Kewangan yang tersergam indah tetapi peniaga jauh lebih ramai dari pengunjung, ini kerana ramai pelabur atau peniaga yang dulunya menyewa dibangunan itu telah gulung tikar
kerana kuasa membeli rakyat dibawah paras kemampuan.

Apa nak diharapkan dengan bilangan penduduk yang kecil,ini adalah kerana untuk datang ke Labuan sekarang tidak semudah itu kerana sistem pengangkutan yang tidak efisen langsung ditambah dengan harga barangan yang jauh lebih mahal berbanding ditanah besar Sabah.Nama saja pulau bebas cukai.Begitu juga dengan kompleks sukan air yang bertaraf antarabangsa, ianya
seakan akan bergelar gajah putih kerana acara sukan air hanya diadakan bermusim.

Kami menyeru lah pada yang berkenaan,perjuangkan lah projek Jambatan yang amat kami nanti nantikan.

Kami merasa kecewa yang teramat sangat bilamana YAB, Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan beberapa minggu lepas supaya kami tidak mengharapkan bulan jatuh keriba untuk mendapatkan Jambatan.

Ini satu penghinaan yang tidak dapat ditebus dengan pujukan janji pilihanraya.Kami bukannya rakyat seperti lembu atau kerbau cucuk hidung.Kami tahu membezakan yang mana kaca yang mana permata.

Tunggu saja di PRU ke 13 akan datang bilamana kami akan pulangkan pepatah Jangan harap bulan jatuh keriba kepada BN.

Jangan sesalkan jika BN terkandas dan berkubur.Tulisan saya ini tidak bermaksud mengaibkan sesiapa,tapi ianya lahir dari lubuk hati yang amat kecewa bilamana kehendak kami dipingirkan.

Saya memperjuangkan isu ini semata mata untuk semua dan jenerasi akan datang.

Tiada ulasan: