Selasa, 17 Ogos 2010

Ops Noda: 30 wanita tempatan, asing ditahan

BERNAMA


Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata dalam serbuan Jumaat lalu, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah hotel di Teluk Intan yang menjalankan kegiatan pelacuran.

"Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Dzuraidi berkata, dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad lalu, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah," katanya.


Tiada ulasan: