Selasa, 17 Ogos 2010

Nik Nazmi dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos (semalam), umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King’s College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.

Tiada ulasan: