Selasa, 10 Ogos 2010

Misi Kemanusiaan Putera 1Malaysia Tiba Gaza Lewat Malam Ini

BERNAMA

RAFAH: Misi kemanusiaan ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia dijangka masuk ke Gaza lewat malam Isnin (waktu Malaysia).

Seramai 67 sukarelawan diketuai Presiden kelab Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertolak dari Kaherah pada pukul 8 pagi (waktu Mesir) dan tiba di sempadanMesir-Gaza itu selepas tujuh jam perjalanan darat.

Konvoi misi itu yang bergerak dengan dua bas, tiga kereta, sebuah lori membawa muatan 11 tan berupa ubat, pakaian dan makanan tidak menghadapi sebarang masalah di sepanjang 18 tempat pemeriksaan kerana diiringi kereta peronda polis Mesir.

Wakil Kedutaan Malaysia di Mesir turut mengiringi konvoi tersebut.

Misi yang mendapat kerjasama penuh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Mesir dan Palestin turut disertai 35 doktor pelbagai kaum dari Malaysia.

Misi selama 13 hari bermula 8 Ogos lalu bertujuan membantu 2,000 keluarga di lima kampung di wilayah konflik itu sempena Ramadan.

Tiada ulasan: