Sabtu, 21 Ogos 2010

Mayat bayi ditemui diperhentian bas

BERNAMA

REMBAU — Mayat seorang bayi lelaki dengan kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang badannya ditemui ditinggalkan di atas tempat duduk di sebuah perhentian bas di Batu 8, Jalan Pedas-Linggi dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang ramai kira-kira pukul 6.05 pagi.

“Polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat bayi lelaki itu yang dianggarkan berumur 10 hingga 12 bulan dan diletakkan di atas tempat duduk pondok menunggu bas. Bayi itu mempunyai ketinggian 0.76 meter dan lengkap berpakaian serta dibaluti kain batik dan tuala mandi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, mata, pipi kiri dan kanan serta di bahagian belakang.

Katanya bayi yang dijumpai ini dipercayai berbangsa Melayu kerana terdapat kesan cacar di lengan kirinya.

“Polis sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat berhubung kelahiran bayi itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’’afar Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau melalui talian 06-6852222 atau 06-6851999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat agar segera menghubungi pihak polis jika ada memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10-12 bulan seperti demam atau pun terjatuh dalam tempoh terdekat,” katanya.

17 ulasan:

mantra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mantra berkata...

hal ini perlu disiasat bagi memastikan apa yang berlaku pada bayi tersebut dan siapa ibu bapanya. siapa yang membuang bayi tersebut.

samm berkata...

harap polis akan dapat menemui ibu bapa bayi berkenaan. tindakan tegas perlu diambil. masalah bayi ditinggalkan atau dibuang semakin menjadi-jadi pada masa kini.

Hamdan Hadillah berkata...

betul kesian bayi yang dibuang ini. Oleh itu, kerjasama dari semua amatlah diperlukan untuk menangani masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Klinik kerajaan mahu pun swasta harus memberikan maklumat untuk membantu siasatan polis.

Unknown berkata...

Kenapa orang sanggup bunuh darah daging sendiri???! Siasatan harus dibuat untuk mengetahui ibu bapa anak tersebut. Ibu bapa tersebut harus dicari dan dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.

Tanpa Nama berkata...

entah, apalah perasaan ibubapa bayi itu jika tahu bayi itu sudah meninggal dan sekarang mereka menjadi buruan polis. fikirlah kalau tindakan itu disifatkan sebagai jalan penyelesaian dan paling selamat, lihatlah akibatnya. didunia tidak selamat, diakhirat pun tidak selamat. oleh itu fikir dua kali sebelum buat keputusan dan kalau terlanjurpun carilah saluran yang betul untuk selesaikan.

jsiput berkata...

Kesian bayi tersebut. Tidak patut ibu bapa bayi tersebut buangkan anak begitu sahaja. Diharapkan semua pihak akan memberi kerjasama kepada polis.

songkilou berkata...

Sungguh sedih mendengar, apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari mangsa adalah bayi... jika ibubapa mereka ditemui jangan teragak2 untuk mengambil tindakan kerana mereka sememangnya harus dihukum.

mike berkata...

kes seumpama semakin menjadi-jadi di negara kita dan semakin serius saban hari..siasatan harus dilakukan kerana kemungkinan bayi tersebut didera sehingga menyebabkan kematian..

mike berkata...

diharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini akan tampil dan memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya mereka yang bersalah..

mike berkata...

diharap agar kes seumpama tidak akan berulang..hukuman maksimum harus dikenakan pada mereka yang bersalah..ibu bapa yang lalai juga harus dihukum..

Paquin berkata...

huhuuhu.. apa nak jadi dengan dunia hari ini :(

Paquin berkata...

Semoga hal ni dapat perhatian sewajarnya dan semua pihak haru melakukan sesuatu agar hal ni tidak berterusan.

Unknown berkata...

Haish. Macam mo tunggang terbalik suda dunia nei. Semakin kronik masalah pembuangan bayi ini.

POP berkata...

Memang tidak bebelas kasihan kepada bayi yang bernyawa. Janganlah berterusan dengan permainan yang dahsyat ini.

Anak Sabah berkata...

Kes membuang bayi semakin melarat nampaknya. Saya dah kecewa dengan perbuatan manusian yang tidak berkemanusiaan.

Boten_Trish berkata...

This baby-dumping problem is getting critical. Something needs to be done with immediate effect.