Ahad, 8 Ogos 2010

‘Mat Rempit’ Guna Kereta Ubah Suai Pembuli Jalan Terbaru

PETALING JAYA: Mat Rempit, ke tepi kerana kini muncul anda ‘versi baru’ menggunakan empat roda.

Konvoi kereta yang diubah suai ‘merampas’ jalan yang dikuasai mat rempit kini menjadi trend pembuli jalan terbaru.

Kawasan kejiranan juga terpaksa berhadapan dengan ‘ancaman’ bunyi kuat enjin dan ngauman eksos pada lewat malam dan awal, kebiasaannya pada malam Jumaat dan Sabtu.

Seorang mangsa menggambarkan ancaman itu seperti babak-babak daripada filem aksi Hollywood, Fast and Furious.

Dikatakan, konvoi kereta yang diubah suai itu melakukan perlumbaan haram yang berleluasa di Puchong, Subang, Sungei Way, SS2, Serdang serta beberapa kawasan di Lembah Klang.

Penduduk di kawasan terbabit turut mengadu beberapa pemandu ‘samseng’ memandu di sekitar kejiranan dengan memasang bunyi stereo yang kuat dan deruman enjin pada masa sama.

Beberapa kereta yang diubah suai dipasang dengan kelengkapan tambahan bercahaya pada ekzos bagi memberikan mood berkuasa.

Berdasarkan maklumat daripada ‘orang dalam’, sebahagian kereta berkenaan diubah suai secara haram membabitkan kos sehingga RM50,000.

Bagi kerja lebih mudah, mereka boleh mendapat jaluran cahaya, lampu xenon murah, pelekat dan paip ekzos dengan hanya RM150.

Seperti Mat Rempit, samseng itu mengetahui bagaimana untuk melepaskan diri daripada sekatan polis kerana antara mereka menggunakan walkie-talkie’ bagi memantau setiap pergerakan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa pegawai polis yang dihubungi The Star mengesahkan terdapat satu jenis ancaman jalan baru yang melanda di beberapa bahagian negara ini termasuk Pulau Pinang dan Johor.

Seorang pelajar melalui pengalaman pahit di lebuh raya di Kuala Lumpur selepas pulang daripada lawatan ke Pulau Pinang.

“Ia seperti babak dalam filem Fast and Furious. Terdapat empat kereta secara tiba-tiba muncul dan masing-masing melalui empat lorong lebuhraya sehingga menghalang laluan kenderaan lain.

“Terdapat satu tembakan bernyala daripada ekzos. Api berkenaan akan mengeluarkan asap sehingga menghalang laluan kenderaan di belakang. Saya merasakan ia merupakan satu tindakan keanak-anakan,” kata pelajar yang berusia 21 tahun itu.

Rakan niaga, Jeevapragash Kuppusamy, 34, dan Saidah S. Abdullah, 44, berkata perlumbaan kereta haram berleluasa sepanjang lebuhraya Shapadu berhampiran dengan Klang.

Ia berlaku antara pukul 1 dan 5 pagi pada Jumaat dan Sabtu. Perkara itu menyukarkan kami untuk tidur, kata Jeevapragas.

Seorang pelumba yang hanya mahu dikenali sebagai Justin membuat pendedahan berkata, dia berlumba di kawasan terpencil supaya tidak membuat gangguan kepada yang lain.

Pun begitu, beberapa kelab kereta menegaskan bahawa bukan semua terlibat dalam aktiviti haram.

Eksekutif kanan pemasaran, Kviin Ng, 24, dan pelajaran bidang keusahawanan, Chris Lee Cin Hing, 21, yang menubuhkan kelab kereta Auto Preview pada April berkata, mereka melakukannya sebagai minat terhadap kereta.

“Kami juga komited terhadap kerja-kerja kebajikan,” tambahnya lagi.

Jurutera automotif JPJ, Mohamad Dalib berkata, jabatan itu hanya boleh mengambil tindakan ke atas kereta yang diubah suai secara haram di jalanan.

“Denda tidak boleh dikenakan sekiranya kenderaan itu berhenti di tepi jalan sebelum sekatan jalan dilakukan,” katanya.

Tiada ulasan: