Isnin, 30 Ogos 2010

Mahkamah benar Tian Chua rayu hukuman

Joseph Sipalan

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu terhadap sabitan hukuman ke atasnya atas kesalahan menggigit seorang anggota polis.

Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam penghakimannya kerana tidak mempertimbangkan semua bukti.

Suriyadi mempersoalkan bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha boleh membuat kesimpulan bahawa sabitan awal oleh Mahkamah Majistret adalah sah, tanpa melihat DVD yang merakamkan insiden tersebut.

Beliau berkata, DVD tersebut penting dalam isu terbabit dan hakim berkenaan seharusnya melihatkan DVD berkenaan.

Chua mempunyai 14 hari, mulai hari ini, untuk memfailkan rayuan melalui peguamnya, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad.

Tiada ulasan: