Selasa, 10 Ogos 2010

Liwat II: Anwar raikan ulangtahun 63 di mahkamah

Hafiz Yatim

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan jawapan daripada peguam utamanya, Karpal Singh kepada Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung permohonan pihak pembelaan untuk membatalkan tuduhan liwat itu.
Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif.

Dalam cubaan pertamanya, Anwar berhujah dakwaan liwat itu lemah berdasarkan "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur", tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Semalam, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak dua permohonan lisan daripada Karpal.

Pertama adalah permohonan Karpal untuk memanggil timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi.

Katanya, bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

Kahwin luar negara

Karpal Singh dalam hujahannya untuk meyakinkan hakim membenarkan permohonan bagi menggugurkan pertuduhan, berkata apa jua yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya mengenai hubungan Mohd Saiful dan Farah Azlina bukanlah satu dengar cakap tetapi beliau mempunyai pengetahuan peribadi untuk memastikan fakta berkenaan.

Permohonan kedua Karpal yang ditolak semalam adalah berhubung untuk menyoalsiasat timbalan pendakwa raya kanan Hanafiah Zakaria.

Ini berikutan dakwaan bahawa Hanafiah telah berkahwin dua di luar negara.

Ketua pasukan pendakwaan, Mohd Yusof bertanya apakah relevan dakwaan tersebut dalam perbicaraan kes liwat itu untuk memanggil timbalan pendakwa raya itu.

Karpal berhujah bahawa Mohamad Hanafiah dalam afidavit balas kepada afidavit Anwar mengenai hubungan itu, terpaksa bergantung kepada beberapa keratan akhbar bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful bahawa pada waktu berkenaan tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan.

Tak gentar, pilih kasih

Mohd Hanafiah juga sebelum ini membuat afidavit yang mengesahkan bahawa dokumen pendakwaan tidak pernah dibocorkan kepada rakannya, Farah Azlina.

Selepas selesai penghujahan Karpal pada pagi ini, Mohamad Zabidin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penghakimannya pada Isnin depan.

Mo

hamad Zabidin pada asalnya memutuskan untuk memberi keputusan pada Jumaat, tetapi Karpal Singh mendesak beliau supaya bertindak tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyatakan bahawa buat pertama kalinya di negara ini, dan kemungkinan juga di negara-negara Komanwel dalam hal berkaitan saksi dan timbalan pendakwa raya mempunyai hubungan.

"Yang Arif (hakim) boleh mengambil masa anda, ini sangat penting. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara-negara Komanwel, ia hanya berlaku di sini," kata Karpal Singh.

Mohamad Zabidin berkata: "Ya, saya tahu."

Hakim kemudiannya berkata dua hari tidak mencukupi untuk beliau meneliti hujahan panjang kedua-dua pihak dan menetapkan Isnin depan bagi memutuskan perkara itu.

Anwar, yang genap berusia 63 tahun hari ini, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: