Ahad, 8 Ogos 2010

Lafaz cerai: Hakim putuskan menghadap Sultan Kelantan

TERKINI
UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU - Perbicaraan lafaz cerai Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, dikejutkan dengan tindakan plaintif, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman mengemukakan dua pucuk surat yang didakwa daripada Sultan Kelantan.

Kedua-dua pucuk surat tersebut dikatakan mengandungi titah Sultan Kelantan yang telah melafazkan talak terhadap Elia Suhana, manakala surat kedua mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Azamli Jamaluddin mendaftarkan perceraian baginda.

Hakim Syarie Abdullah Man yang mendengar perbicaraan kes itu secara tertutup, kemudian memutuskan untuk menghadap dan melawat sendiri Tuanku Ismail bagi mendapatkan pengesahan kandungan kedua-dua pucuk surat tersebut.

Beliau akan menghadap baginda pada tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat kelulusan daripada pihak istana.

Nik Rorhana bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini dan hanya diwakili peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Halim Bahari.

Tiada ulasan: