Rabu, 4 Ogos 2010

Kuasa Undi Boleh Paksa Menteri Istyharkan Harta

Oleh Mohd Sayuti Omar

PERMINTAAN Pengerusi SPRM, Abu Kassim Muhammad supaya menteri mengityharkan harta masing-masing hanyalah permintaan sia-sia saja. Harapan itu seperti menanti bulan jatuh ke ribaan saja. Sudah lama kita menunggu senarai harta para menteri. Sejak di zaman Mahathir Mohamad membawa ke zaman Abdullah Badawi hinggalah ke zaman Najib Razak, tidak pernah jadi kenyataan.

Mungkin PM selepas Najib pun kalau dari kalangan UBN harapan itu akan tergantung begitu saja. Menteri yang dilihat berish dan alim, Zaid Hamidi pun tidak berani untuk menyokong pemintaan Abu Kassim itu. Beliau sebaliknya memulangkan kepda Kabinet untuk menentukannya.

Katanya kalau Kabinet bersetuju barulah menteri boleh mengistyharkan harta masing-masing. Buat masa ini menurut Zaid menteri hanya istiharkan harta masing-masing kepda PM saja.

Bila Zaid bersuara demikian kita sedia maklumlah natijahnya. Apakah Najib selaku PM bersedia untuk membincangkan perkara itu? Najib sendiri takut untuk mengistyharkan hartanya inikan pula anak buahnya.

BN sesekali tidak akan berani untuk mengitsyharkan harta masing-masing. Kalau mereka sanggup dan berani bermakna mereka akan mengikat tali jantung untuk menjerut lehernya sendiri. Kenapa tidak, semua menteri kaya raya belaka. Bukan saja menteri isteri menteri yang pandai kutip tol dan komisyen juga kaya raya. Kalau tidak kaya masakan boleh membeli kasut berjuta ringgit, atau sekali belanja di Eopah mencecah jutaan ringgit hingga penuh sebuah helekopter. Kaya lah tu.

Harta masing-msing berbillion ringgit. Tengoklah kepada gaya hidup mereka, kediaman mereka dan kereta yang dipakai. Perbelanajan mereka melebihi daripada pendapatan. Kalau sesiapa berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak atau majlis sambut menantu menteri, cubalah nilai dan hitung berapa perbelanjaanya. Kalah majlis raja-raja Melayu dibuatnya.

Jangan tanya dari mana wang itu diperolehi. Di Malaysia kalau ada kuasa semua boleh dapatkan apa saja. Usahkan menteri ketua bahagian pun boleh bagi zakat kepada fakir miskin setiap minggu.

Tertakdirlah kabinet dan Najib setuju agar menteri dan dirinya sendiri mengistyahrkan harta, jangan lupa minta sama bekas-bekras menteri kabinet berbuat demikian. Setengah daripada mereka mempunyai wang simpanan di luar negara mencecah ke angka billion ringgit. Tujuh keturunan makan pun tidak habis.

Tegasnya permintaan dan harapan agar menteri mengistyharkan harta itu hanya angan-angan saja yang tidak akan menjad kenyataan. Menyuruh mereka mengityharkan harta samalah menyuruh kuda minum air laut. Kita oleh membawa (suruh) kuda ke laut tetapi kuda tidak akan minum. Begitu juga kita boleh menyuruh menteri istyharkan harta tetapi tidak boleh memaksa mereka.

Malangnya lagi kita tidak menjadi hukuman atau syarat sokongan kita kepada menteri-menteri yang enggan berbuat demikian. Sepatutnya rakyat yang ada kuasa undi satu seorang jadikan syarat kepada menteri-menteri. Jika mereka enggan istyharkan harta, maka undi jangan diberikan kepada mereka.

Dengan cara itu saja kalau kita mahu melihat harta mereka diistyharkan. Kalau diharapkan kepada PM dan kabinet sampai kiamat dan hidup semula pun ia tidak akan berlaku. Tanpa ada sikap itu dari rakyat maka selamanya harta menteri, isteri menteri yang bertimbun-timbun itu tidak akan diketahui nilainya

Tiada ulasan: