Selasa, 3 Ogos 2010

Kes Ling: Mahathir sedia beri keterangan jika dipanggil


KUALA LUMPUR — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan jika dipanggil dalam kes dihadapi Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kata beliau sesiapa yang dipanggil oleh mahkamah perlu memberi keterangan.

Dr Ling didakwa di mahkamah Jumaat lalu.

“Sesiapa sahaja yang dikehendaki memberi keterangan di mahkamah perlu berbuat demikian,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat Petronas di sini.

Semalam Dr Mahathir (gambar) menekankan bahawa Dr Ling tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan: