Selasa, 10 Ogos 2010

Kerajaan Terus Bangunkan Kampung Baru Di Seluruh Negara

BERNAMA

MELAKA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan terus membangunkan kemudahan di 607 kampung baru di seluruh negara sejajar dengan pembangunan semasa dan keadaan sosio-ekonomi masa kini, kata Menterinya Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata sejak dibuka pada tahun 1948, iaitu pada zaman semasa negara menghadapi ancaman komunis, kampung-kampung baru ini dibangunkan dengan begitu baik sekali.

"Dulu memang cukup mundur tetapi oleh kerana dengan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri, ia dapat dibangunkan enjadi kampung baru yang serba moden," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Baru Ayer Keroh di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Gan Tian Loo.

Chor berkata kampung-kampung baru itu dapat dibangunkan dengan baik hasil kerjasama penduduk dengan Anggota Dewan Undangan Negeri, Anggota Parlimen dan anggota Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Beliau berkata melalui kerjasama itu, semua projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan di kampung-kampung baru dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.

Tiada ulasan: