Isnin, 30 Ogos 2010

Kerajaan Negeri Hanya Akan Beri Pajakan 99 Tahun

BERNAMA

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor hanya akan memberikan hak milik tanah dengan pajakan selama 99 tahun untuk tanah hak milik sementara (TOL) yang diduduki oleh rakyat negeri itu melebihi 15 tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata program memberikan hak milik tanah kepada mereka yang menduduki tanah TOL ini telah dimulakan oleh kerajaan negeri sejak tahun lepas.

Bagi daerah Kuala Selangor, program itu telah dimulakan di kawasan Ijok dan akan disusuli di Jeram dan Tanjung Karang, katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan kepada 100 anak yatim dari daerah Kuala Selangor di Masjid Kampung Bestari Jaya di sini, Ahad.

"Kita tidak ada lagi mengeluarkan freehold (pegangan bebas) kerana freehold ini perlu mendapat persetujuan Majlis Tanah Negara," katanya.

Beliau berkata pemberian hak milik tanah secara pajakan akan memudahkan kerajaan memantau pemilikan tanah berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada benar exco kerajaan negeri Ronnie Liu mengambil cuti selama tiga minggu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar, Abdul Khalid berkata: "Saya tak tahu lagi".

Tiada ulasan: