Selasa, 10 Ogos 2010

Keluarga Teoh akan 'ikut PM' hingga temui kebenaran

Aidila Razak

Lebih setahun selepas kematian mengejutnya, keluarga Teoh Beng Hock tetap memegang janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari apakah yang sebenarnya terjadi terhadap Teoh.

"Jika dia terlalu sibuk untuk mengingati janjinya kepada keluarga kami, maka kami akan mengikutinya ke mana pun dia pergi dan mengingatkannya," kata adik Teoh - Lee Lan - dalam sedu-sedan.

Lan Lee menegaskan demikian sewaktu pelancaran kumpulan penyokong 'Malaysian for Beng Hock' di komplek mahkamah Shah Alam hari ini. Dia diiringi ibu bapanya yang turut tidak dapat menahan tangisan mereka sambil memeluk potret Teoh.

Tahun lalu, Najib berjanji kepada keluarga Teoh bahawa kerajaan
akan melakukan apa sahaja untuk mengungkap kebenaran di sebalik kematian Teoh, 30.

Mayat Teoh ditemui pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam.

Dia disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Tiada ulasan: