Ahad, 22 Ogos 2010

KDN: Body 2 Body sedang diteliti

Christine Chan

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata buku terbitaan pengarah terkenal Amir Muhammad berjudul Body 2 Body bukan dirampas, tetapi diambil untuk penelitian.

Semalam kementerian itu mengambil tiga salinan buku yang menceritakan pengalaman lesbian, gay, biseksual dan transeksual di Malaysia, di kedai buku Kinokuniya KLCC.

"Rampasan hanya dibuat apabila sesuatu penerbitan menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Barulah arahan rampasan akan dikeluarkan," jelasnya.

Ditanya tentang notis kepada kedai buku yang menggunakan perkataan "rampas", Zaitun berkata itu bukan satu masalah.

"Jika sesebuah buku menyalahi syarat dalam akta, barulah arahan rampasan dikeluarkan. Selepas itu kementerian akan gazetkan pengharamannya.

"Kementerian juga akan keluarkan kenyataan media bagi memberitahu orang ramai bahawa buku itu diharamkan dan mereka tidak harus memilikinya.

Tiada ulasan: