Isnin, 2 Ogos 2010

Karpal Kemuka Permohonan Gugur Kes Fitnah II

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung pagi tadi menyaksikan tindakan pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh membuat permohonan kepada mahkamah kes tersebut digugurkan ekoran dakwaan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan menjalin hubungan romantik dengan Farah Azlina Latif, salah seorang ahli pasukan pendakwa raya.

Farah Azlina bagaimanapun telahgun digugurkan menyertai pasukan pendakwa raya oleh Peguam Negara minggu lala apabila dakwaan itu didedahkan oleh penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin.

Karpal memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa permohonan bagi tujuan telah dikemukakan padi tadi atas hujah pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah tercalar dan tidak lagi diyakini akibat daripada dakwaan hubungan sulit itu.

“Terdapat kesalahan dilakukan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Akibat hubungan sulit itu integriti pasukan pendakwaan telah dikompromi," kata Karpal kepada media.

Beliau mendesak seluruh pasukan pendakwaan juga harus menggugurkan diri mereka daripada terbabit dalam kes ini oleh kerana apa yang yang berlaku adalah amat serius dan menjejaskan kes yang sedang dibicara.

"Tuduhan terhadap Anwar harus digugurkan. Timbalan Pendakwa Raya adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan, hubungan sulit ini memungkinkan Saiful mengetahui keseluruhan maklumat mengenai siasatan kes," kata Ahli Palrimen Bukit Gelugor itu.

Yusof bagaimanapun menganggap dakwaan Raja Petra sebagai perkara enteng tanpa sebarang bukti nyata.

Peguam Sankara telah menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara minggu lalu meminta penjelasan berhubung perkara tersebut.

Mohd Zabidin meminta mahkamah dikosongkan semengtara beliau mengadakan perbincangan dengan kedua-dua belah pihak di dalam kamar hakim.

Tiada ulasan: