Rabu, 18 Ogos 2010

Kain rentang guna foto sultan, polis soal Anwar

MALAYSIA KINI


Tiga anggota polis sedang menyoal-siasat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Anwar yang juga ketua pembangkang tiba pada jam 10.38 pagi ini dengan diiringi oleh tiga pengawal keselamatannya.

Tur
ut hadir selepas itu adalah ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dan bendahari PKR William Leong, yang juga merupakan peguamnya.

Seorang pegawai kanan polis yang diiringi oleh dua anggotanya dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat, Johor tiba pada jam 11:44 pagi.

Adalah dipercayai Anwar disoal berhubung kemunculan misteri beberapa kain rentang di Johor yang memaparkan gambarnya bersama ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kain rentang itu didakwa oleh penyokong dan pemimpin Umno, termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana mengheret Raja-raja Melayu ke kancah politik.

Bagaimanapun Chua yang turut didakwa sebagai calon PKR untuk menjadi menteri besar dan beberapa pemimpin PKR lain menafikan parti itu bertanggungjawab menaikkan kain rentang berkenaan dan telah membuat laporan polis.

Mereka sebaliknya menuduh Umno sebagai dalang di sebalik kain rentang itu.

13 ulasan:

Mahsiran berkata...

Kenapa pula mahu salahkan dan tuduh orang pula Anwar??Polis cuma minta penjelasan dari orang berkenaan atas kain rentang yang disertakan dengan gambar Sultan.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya perkara ini disiasat dgn teliti, Sultan tak harus dibabitkan dalam kancah politik.

Ted Medresher berkata...

kenapa tuduh umno sebagai dalang sedangkan terang2 kain rentang itu milik PKR. teruskan siasatan dan dedahkan siapa dalang sebenar disebalik kain rentang ini.

samm berkata...

Institusi Raja tidak sepatutnya dilibatkan ke dalam politik. apa pun, pekara ini perlu disiasat bagi membolehkan semua mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap pekara ini.

Leo berkata...

Kes ini harus disiasat dengan lebih teliti. Takanlah UMNO begitu budu untuk buat perkara tersebut. Ini mesti ada orang hendak membatu api.

langsat berkata...

isu sebegini saya lihat adalah suatu perkara yang ada tersirat dan tersurat yang merupakan sebahagian daripada permainan politik....

langsat berkata...

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin? siapa dalang dan siapa tukang hanya orang-orang terlibat saja yang tahu....

Paquin berkata...

Perkara ni harus disiasat sebaik mungkin bagi memastikan takdsa pihak yg teraniaya.

Paquin berkata...

Banyak kemungkinan boleh berlaku. So bagi saya sebelum hal ni disiasat dgn teliti dan bukti diperolehi, janganlah kita buat sebarang andaian yg kurang baik!

Paquin berkata...

Betul tu Leo. Saya fikir pun memang ada orang yg sengaja timbulkan isu ni... huhuhu
Batu api la katakan!!!!!!!!!

Paquin berkata...

Biasalah tu langsat... Politik ba ni.

Paquin berkata...

Kalau nak selesaikan hal ni, bagilah kerjasama dan bukannya asyik berfikirang -ve!

Anak Sabah berkata...

Diharapkan pemimpin-pemimpin serta orang politik boleh menumpukan perhatian dalam masalah besar yang kini dihadapi oleh negara daripada membuang masa memainkan permainan politik yang tidak berfaedah.