Isnin, 30 Ogos 2010

Jaga adab di masjid dan surau, kata Hasan Ali

FREE MALAYSIA TODAY

hassan SHAH ALAM: Exco agama , Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik supaya memberitahu rancangan kehadiran mereka kepada pihak berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dipatuhi.

Katanya, dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.

"Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih mendalam dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, beliau sudah berkata beliau sudah memanggil jawatankuasa surau Al Huda, Kajang Sentral untuk menjelaskan kejadian sebenar.

Katanya, beliau juga telah menerima penjelasan daripada ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

"Saya akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammad Khusrin Munawi selaku Pengarah JAIS untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau berhubung dengan perkara ini.

Hasan mengulas penyertaan Teo dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di surau itu dan ucapan ringkas ahli parlimen Serdang di majlis tersebut.

Katanya, Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang.

"Beliau (Teo) telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi," kata Hasan dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh dan menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor dan Jais.

Menurut Hasan, pengerusi serta bendahari surau dan pembantu khas Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS dan wakil Istana.

Beliau berkata, sejurus selepas pertemuan tersebut, keputusan telah dibuat iaitu membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambilalih pentadbiran surau tersebut.

Tetapi, kata Hasan, akhbar telah melaporkan dengan begitu berat sebelah mengenai kejadian ini.

Pada 22 Ogos lalu, Teo berkunjung ke Surau Al-Huda untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan menyampaikan ucapan atas jemputan jawatankuasa surau.

Insiden itu bagaimanapun didakwa Umno dan Perkasa sebagai satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Tiada ulasan: