Selasa, 10 Ogos 2010

Inkues Teoh: Dr Pornthip beri keterangan 18 Ogos

BERNAMA

gobind SHAH ALAM: Inkues mendiang Teoh Beng Hock ditunda pada 18 Ogos dan pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka hadir memberi keterangan.

Gobind Singh Deo, peguam keluarga Teoh memberitahu para pemberita, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan kes selepas diberitahu bukti baru akan dikemukakan.

Azmil membuat keputusan itu dalam kamar ketika kehadiran Gobind Singh; peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor; peguambela yang membantu Tan Hock Chuan, timbalan pendakwa raya Mohamad Abazafree Abas dan Abdul Razak Musa, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, pembantu setiausaha exco negeri Selangor Ean Yong Hian Wah dijumpai mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.


Tiada ulasan: