Selasa, 17 Ogos 2010

Gejala sosial bukti kegagalan BN

Oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Peningkatan gejala sosial kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian berlaku, perzinaan. Pembuangan bayi pula meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Semua ini adalah gambaran kegagalan kerajaan melaksanakan amanah mendidik rakyat agar takut kepada Allah serta gerun untuk melakukan maksiat. Walaupun media arus perdana sering meletakkan kesalahan kepada ibubapa dan masyarakat; namun rakyat sedar bahawa kegagalan ini berpunca dari kegagalan kerajaan.

Ibubapa boleh mengawasi tingkahlaku anak-anak di dalam lengkungan rumahtangganya, guru-guru boleh mengawasi pelajar dalam lengkungan sekolah, namun siapa lebih bertanggungjawab terhadap sistem pendidikan yang mengabaikan soal akhlak, pendidikan kerohanian, soal dosa dan pahala dalam kehidupan.

Dasar penyiaran yang bebas dengan pelbagai adegan yang merosakkan minda anak-anak, media cetak yang mempamirkan budaya liar dan pendedahan tubuh, internet yang tidak dikawal sehingga remaja dan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai web-site pornografi; tentulah ini dalam bidangkuasa dan tanggungjawab kerajaan.

Sebagai sabuah negara yang di dakwa sebagai negara Islam contoh, kita merasa malu bilamana negara China, Indonesia, India dan lainnya menyekat puluhan ribu web site yang tidak bermoral ini, sedangkan kerajaan 1 Malaysia terus membiarkan rakyat khususnya remaja melayarinya tanpa batas.

Sikap kerajaan yang takut untuk memberi penekanan kepada pendidikan agama sehingga mata pelajaran agama bukan sahaja menjadi mangsa keadaan sehingga ianya tidak pernah menjadi subjek penting dalam mana-mana peperiksaan utama, bahkan kerajaan sangat bimbang kalau rakyat memahami agama, kerana dikhuatiri akan menjadi penyokong pembangkang. Akibat dari itu, kerajaan lebih rela membiarkan nilai negetif berlaku dalam masyarakat.

Sedangkan program bercorak agama disekat. Masjid lebih rela kosong dari diisi oleh tanaga muda yang pulang dari pelbagai universiti timur tengah atas alasan mereka tiada tauliah. Sepatutnya kalau mereka tiada tauliah, maka berikan tauliah dan galakkan mereka mengisi program keagamaan di masjid-masjid, surau dan jabatan-jabatan kerajaan. Bilamana jiwa remaja yang kosong dengan nilai-nilai aqidah terpaksa berhadapan dengan kebebasan media baru, maka tidak mustahil mereka mudah terjerumus kepada maksiat.

Kerajaan mesti menyekat web site pornografi, mengawal media cetak yang menjurus ke arah nilai negetif dan di waktu yang sama mewajibkan pendidikan agama sebagai subjek wajib lulus bagi semua peringkat peperiksaan. Tapi yakinlah hanya kerajaan bermoral akan melaksanakan program bermoral.

16 ulasan:

mandau berkata...

masalah gejala sosial ini tak boleh disalahkan BN semata2, semua pihak harus ambil peranan dalam membendung gejala ini dari terus berleluasa.

mandau berkata...

gejala ini perlu dibendung dari awal melalui pendidikan, penyekatan media yang mempunyai unsur negatif dan pemantauan ibu bapa dan guru terhadap kegiatan anak2.

madd berkata...

dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan kerajaan sepenuhnya. kita sendiri perlu bersama-sama membantu mencegah masalah sosial.

ibu bapa juga perlu melengkapkan anak-anak dengan pendidikan agama. jika kita mengetahui terdapat kegiatan tidak bermoral di tempat kita, masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa, bukannya hanya menyalahkan satu-satu pihak sahaja.

Tanpa Nama berkata...

tidak dinafikan masalah sosial semakin menjadi jadi. masalh ini perlu diselesaikan dgn menerapkan nilai agama dan murni dalam kehidupan harian, ia perlu dimulakan dari awal lagi.

Antanum berkata...

Mungkin kita boleh pertimbangkan cadangan penulis untuk menyekat website2 yang menjadi antara punca masalah sosial berlaku. Dan mungkin ini akan mengurangkan aktiviti yang tidak sihat dikalangan masyarakat.

lisa berkata...

When there is problem arises in the society, the government is always the first to get blame. Honestly, we can't fully blame the government. The government has done a lot to solve this issue but still it couldn't be completely solve.

lisa berkata...

Everyone in the society especially the parents must play a role in morally guide their children to the right path since young to prevent them doing any immoral doings in the future.

Unknown berkata...

Masalah gejala sosial ini tidak seharusnya mempersalahkan sebuah parti politik. Sepatutnya, ibubapa harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala sebegini dari terus berleluasa. Didikan agama dan menanam nilai moral dalam diri anak mereka adalah sebaik-baiknya.

Bi berkata...

Ini masalah bersama... dan saya kira remaja sendiri juga perlu bertindak rasional. Mereka sendiri yang memilih untuk melakukan kesalahan. Jika keadaan memaksa sekalipun untuk melakukan jenayah saya tidak percaya tidak ada jalan yang bersih untuk terus survive.... semuanya terpulang pada diri sendiri..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

"Kerajaan mesti menyekat web site pornografi, mengawal media cetak yang menjurus ke arah nilai negetif dan di waktu yang sama mewajibkan pendidikan agama sebagai subjek wajib lulus bagi semua peringkat peperiksaan. "

Saya rasa ini adalah satu cadangan yang bagus. Kerajaan patut melaksanakan program seperti ini untuk mengelakkan kes2x seperti kecurian, perzinaan dan pembuangan bayi daripada berlaku.

Sanih Alias berkata...

BN tidak gagal lagi, tapi akan cuba yang terbaik untuk semua. Ini bukan hanya BN saja yang perlu menangani masalah sebegini. Tapi memerlukan sokongan dan bantuan dari semua pihak dan juga masyarakat.

Mahsiran berkata...

kenapa harus perkara gejala sosial ini dilontarkan kepada BN pula? Sepatutnya perkara ini ditanggung oleh kita semua dan kita semua bersama-sama untuk menangani dan mengatasi perkara gejala sosial.

samm berkata...

pada saya kita tidak perlu hanya menyalahkan satu-satu pihak sahaja. kita semua kena berperanan dalam membantu membenteras masalah gejala sosial. ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak perlu memantau anak mereka.

gambir berkata...

Janganlah salahkan BN kerana masalah sosial dikalangan remaja yang semakin membimbangkan. Perlu ada kerjasama dari semua pihak dalam membendung masalah ini.

gambir berkata...

Sistem penyiaran bebas dengan pelbagai adegan2 boleh merosakkan minda dikalangan remaja, penggunaan internet yang tidak dikawal turut menjadi punca berlakunya maksiat dan seterusnya pembuangan bayi. Amat diharapkan gajalah sosial dikalangan remaja ini dapat diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya ibubapa.