Selasa, 24 Ogos 2010

Empat ditahan bantu siasatan surau disimbah cat

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Polis Negeri Sembilan telah menahan empat orang berhubung kejadian surau di Taman Impian Pulai Impian, Seremban disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dijangka akan memberikan butiran kejadian tengah hari ini.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas dan disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

“Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi,” katanya semalam.

Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

Tiada ulasan: