Sabtu, 14 Ogos 2010

Editor veteran Sarawak tubuh ‘Movement For Change’

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING— Satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai rakyat Sarawak prihatin telah menubuhkan satu pergerakan "Movement For Change Sarawak" (MoCS) bagi memaju Sarawak dan rakyatnya ke arah keadaan yang lebih baik, kata pemimpinnya Francis Paul Siah.

Siah, seorang editor veteran Sarawak mengumumkan penubuhan MoCS di sini hari ini sebagai sebuah badan bebas dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang parti politik.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata keutamaan MoCS ialah mencapai budaya politik baru Sarawak yang bebas dari politik wang, rasuah, nepotisme, despotisme, politik naungan dan perompak ekonomi.

“Ramai rakyat Sarawak yang menetap di Semenanjung terutama Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang telah menyatakan sokongan kepada MoCS termasuk masyarakat di Sarawak,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan: