Selasa, 17 Ogos 2010

Dr Pornthip tiba, beri keterangan dalam inkues esok

Harakahdaily

SEPANG: Pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tiba di KLIA tengah malam tadi dengan kawalan keselamatan yang ketat. Beliau dijangka akan memberikan keterangan di mahamah koroner Shah Alam esok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Ketibaan beliau menolak segala desas desus sebelum ini kononnya beliau tidak berani datang ke inkues itu lagi kerana tidak boleh mempertahankan pandangannya sebelum ini bahawa Teoh Beng Hock besar kemungkinan mati dibunuh.

Ini berdasarkan pemerhatiannya pada tengkok mangsa yang dilihatnya pada gambar-gambar yang diambil dalam bedahsiasat yang pertama.

Ekoran itu, bedah siasat kedua dibuat. Dalam keterangan mereka, semua pakar yang disediakan SPRM berpendapat mangsa mati selepas jatuh. Namun, Pornthip masih belum memberikan keterangannya.

April lepas, Pornthip telah membuat keputusan untuk tidak hadir lagi ke inkues ini ekoran nasihat dari majikannya, Kementerian Kehakiman Thailand, agar membatalkan kunjungannya kerana tekanan dari kerajaan Malaysia.

Ketibaannya malam tadi mengesahkan beliau akan hadir ke inkues esok di mana beliau akan memberikan keterangannya.

Tiada ulasan: